Ada juga rakan yang tanya tentang ni waktu nak dekat-dekat exam SPM hari tu. Ramai yang boleh kata “saya maafkan”, “saya tidak apa-apa”, bahasa-bahasa biasa yang selalu kita dengar. Forgive but not forget.
Kalau tidak tak boleh forget, maknanya kita tak boleh forgive. Dalam kajian saintifik, ada dua emosi yang boleh meracunkan seseorang. Yang pertama menyesal, menyalahkan diri sendiri. Yang kedua, dendam dan marah pada orang lain. Bila kita tak boleh maafkan orang, kita akan salah diri kita sendiri. Hidup dalam suasana serba salah. Sapa ada perasaan macam ni orang yang rugi. Contohnya ada orang umpat kita. Dia umpat kita mungkin dalam 5 minit sahaja. Tapi kita marah pada dia bertahun-tahun. Seolah-olah kita memberi nyawa kita pada orang tersebut. Nyawa yang Allah beri pada kita untuk kita beriman, berkasih sayang tapi kita amek masa untuk marah pada orang tu. Orang buat jahat dekat kita, jangan terima kejahatan dia. Jangan terganggu emosi dan spiritual kita dengan perangai dia. Kita bayangkan saja kita ada dinding keimanan, keikhlasan, ketakwaan dalam dir kita. Jadi orang yang sangat proaktif.
Satu tamsilan saya nak kongsi, kemaafan seperti kaki yang memijak bunga ros. Bila kita pujak bunga ros apa yang berlaku? Wangi keluar bukan? Macam tu lah kita. Bila orang buat jahat pada kita, kita memaafkan dan mendoakan mereka dan kesiankan. Dalam hidup ni, saya selalu kongsi pada rakan sekelas dulu, hidup di dunia ni nampak orang baik kita sayang. Nampak orang jahat kita kena kesiankan mereka dan doakan mereka. Kenapa kena kesian kan?bila orang buat jahat pada kita, kita tak rasa nak marah subhanallah, Allah beri hidayah lebih pada kita. Dia tak dapat hidayah dari Allah. Bukan lah tak nak beri, tapi dia tak dapat. Sapa tak dapat dia tak ada niat. Jadi kita doakan dia supaya dapat hidayah supaya buat baik. Bila orang buat jahat pada kita, kita tak terima, kejahatan tu akan balik kepada dia. Maknanya kita dalam keadaan tenang.
Saya nak bagitahu, kalau kita ada perasaan marah ini, kita dalam keadaan mengumpul toksin. Saya dengar dari prof muhaya. Banyak racun dalam orang yang suka pada kemarahan, negatif. Sebenarnya dalam badan kita ni bukannya lebih fizikal. Sebenarnya lebih minda kita. Buktinya, masa kita belajar naik basikal umur 10 tahun, kenapa kita masih boleh naik basikal lagi semasa berada di umur sekarang, 17 tahun? Tubuh dah lain. Maknanya, yang belajar ialah roh dan minda kita. Roh kita ni dari azali sampai ke padang mahsyar nanti, inilah roh yang sama.jadi, kalau kita sibuk membersihkan rohani kita, nak marah apa? Nak terasa dan sakit hati apa?
Saya teringat abang saya, Rafiuddin beritahu saya, ada hadis nabi yang mengajar kita supaya memaafkan orang lain dan meminta maaf pada orang lain sebelum kita tidur. Merenung diri, muhasabah diri. Dan setiap kali nak kata orang, kata pada diri kita, “saya ni dah baik sangat ke?”.
Saya berdoa pada semua, keluarga saya janganlah kita ada sindrom “bajet bagus, saya dah terbaik, jangan tegur saya, saya tahu.” Kata-kata ni, pangkat-pangkat ni adalah penghargaan manusia. Kita nak buat apa-apa selalu saya cakap, nak buat ni nak cari reda Allah. Bila kita cari reda Allah, tak kira, orang bagi pangkat ke, bagi pujian ke, bagi title ke, tak penting. Yang penting ialah kita sentiasa memberi yang terbaik kalau boleh. Dan kalau tersalah buat, fikir macam ni, manusia ni beramal sekadar ilmu yang dia ada. Cuba bayangkan diri kita 2 atau 3 tahun lepas? Teruk juga kita kan? Fikirkan.

salam ziarah :)
ReplyDeletesalam, trima kasih sudi ziarah, moga bermanfaat
ReplyDeleteya Allah,SubnaAllah..terima kasih kerana berkongsi dik..i'm so appreciate it..sungguh teruja baca blog dik niew..sama-samalah kita mencari redha Allah s.w.t :3
ReplyDeleteinsya-Allah
ReplyDeletevery nice :) saya juga bersetuju pandangan awak tu
ReplyDelete