JIN TERMASUK DALAM GOLONGAN MAKHLUK GHAIB.
Jin merupakan makhluk ghaib yang wajib kita percaya akan kewujudannya. Kerana syarat pertama untuk jadi orang yang bertaqwa ialah percaya kepada benda ghaib, Allah kata dalam al_Quran “allazi nayukminunabil ghaib”.
Dalil dalam surah Ar-Rahman ayat 14 & 15, “Allah ta’ala itu menciptakan manusia daripada tanah liat kering seperti tembikar, dan diciptakan pula jin-jin daripada api yang menjulang-julang”.
Allah ulang sebanyak 31 kali ‘fabiai yi ala irobbikuma tukazziban’ yg bermaksud “maka mana satukah lagi nikmat-nikmat tuhan kamu berdua yang kamu hendak dustakan” dalam ayat ini, kalau kawan-kawan perhatikan dalam ayat yg Allah tanya, ‘tuhan kamu berdua’, kamu berdua ini bermaksud, insan dan jin. Maknanya jin juga dapat nikmat, anugerah, diberikan perintah dan larangan dari Allah macam kita.
Jin hidup macam manusia, dia kawin, dia beranak, dia juga terikat dengan hukum, dia juga mati, dia juga makan dan minum, dia juga tidur, dia juga akan disoal di hari kiamat. Malah jin juga akan masuk syurga dan neraka. Cuma kita saja tak nampak jin sebab dia berada pada alam ghaib. Jin nampak kita, kita tak nampak jin.
JIN DICIPTAKAN DARI APA?
Jin diciptakan dari api yang menjulang-julang (api yang panas). Jin mempunyai kadar kepanasan. Tanda-tanda kehadiran jin ialah rumah kita terasa panas. Tak selesa untuk duduk itu tandanya dalam keadaan jin berada dalam rumah.
Kategori Jin terbahagi kepada 3:
1. Jin yang terbang.
2. Jin yang melata. (duduk setempat / menunggu satu2 tempat)
3. Jin yang berpindah randah
Tempat tinggal jin:
1. Tempat yang kotor.(sprti longkang, air limbah)
2. Tinggal atas bumbung-bumbung rumah manusia.
3. Pokok-pokok, hutan,
4. di padang pasir
5. di lautan (kadang-kadang lebih besar drpd jin di daratan)
6. rumah-rumah yang tidak diduduki.
7. Rumah-rumah yang diduduki tetapi tidak disinari dengan bacaan-bacaan al-Quran. (rumah yg ada maksiat, ada tangkal, ada benda haram)
Tanda-tanda kehadiran jin: (orang yang boleh nampak, orang yang sakit)
1. Suhu menjadi panas. (kalau ada termometer, bacaannya akan naik)
2. Dapat merasa lintasan-lintasan jin
3. Jin menyerupai makhluk lain (contoh, ular hitam, anjing hitam, keldai hitam) - jadi nabi pesan kpd kita supaya jgn cepat dibunuh, sebaliknya baca pada binatang tersebut, salamun ‘ala nuhin wa‘alal ‘aalamin, kalau ianya jin, ia akan beredar dengan sendirinya, kalau tidak beredar baru lah di bunuh.
Amalkan doa ini, “Auzubikalimatillahitammah min kulli syaitoni wa hammah wamin kunni ‘ainnin naammah wamin kulli ‘ainnillammah”. Doa ketika nak camping, junggle tracking, nak memancing, turun ke laut atau masuk ke hutan, untuk menghindarkan kita dari gangguan jin.
4. Dalam perniagaan, meniaga tiba-tiba tak laku - Mungkin ada orang yang menghantar jin supaya orang tak nampak kedai, warung atau sebagainya. Jadi, perlulah kawan-kawan baca dari surah At-Taubah ayat terakhir ayat 128-129. “Lakod jaakum rosulum min anfusikum azizun.....(sehingga habis)”
5. Tidur tak lena. – ambil air dan bacakan surah al-fatihah 7 kali, dan surah at-taubah ayat 128-129, sapukan pada budak-budak yang tidak boleh tidur malam. Kalau budak-budak la, biasa nya budak-budak yang kena ganggu sebab jin suka main dgn budak-budak. Kalau orang dewasa, guna juga kaedah yang sama. Kalau histeria pun boleh guna kaedah yang sama. insyAllah berkesan.
• Sekiranya seseorang itu sakit, jangan lah cepat mengatakan bahawa orang itu terkena buatan orang, sebaliknya periksa dulu dengan doktor, kalau doktor tak boleh buat apa-apa barulah berubat. Jangan sesekali jumpa bomoh sebaliknya di ubati dengan ayat-ayat al-Quran. Tak perlu kita cari siapa yang menghantar penyakit kepada kita sebaliknya kita berusaha untuk mengubati.
• Jin datang pada kita melalui bau badan. Jin tak tahu rumah kita, dia cam kita melalui bau badan. Cara nak hilang bau badan, mandi dengan limau 3 biji, gosok satu badan. Dari atas sampai bawah niat nak hilangkan penyakit.
• Jin takut pada limau. Kerana limau bersifat asid. Jin tak suka pada asid.
Tanda-tanda kita diganggu:
1. Mimpi menyusu, memimpin dan mendokong budak kecil.
2. Mimpi dikejar makhluk buas, seperti binatang buas contoh kena kejar, kena gigit.
3. Mimpi bergaduh bertumbuk, berparang.
4. Ditindih hantu. – baca ayat kursi, dlm hati pun boleh.
5. Waktu senja hati rasa resah, sayu, sedih, rasa nak menangis.
6. Emosi tak tenang, cepat merajuk, cepat marah, tiba-tiba rasa benci.
7. Lebam di bahagian paha (biasanya perempuan). – jadi, mandi limau 3 biji satu petang, buat selama satu minggu, insyAllah hilang. Dan jangan mandi waktu maghrib.
Jin datang kepada kita ada dua sebab:
1. Orang hantar.
2. Jin itu suka, cinta atau benci pada kita. (sebab tu jangan melepak tak tentu pasal)
• Sedarlah, kita hidup di dunia ini dengan makhluk-makhluk lain. Kita berkongsi bumi ini dengan malaikat, jin, haiwan. Jadi, ikutlah peraturan-peraturan kita.
• Sekiranya ada gangguan di rumah, di asrama, di sekolah atau di pejabat, amalkan surah atau ayat yg ditakuti jin:
1. Ayat Kursi
2. Surah Al-Baqarah, habiskan surah Al-Baqarah – selalu pasang cd quran.
3. Surah Al-‘Araf ayat 13.
4. Surah At-Taubah ayat 128&129
5. Surah Fussilat
6. Surah Al-Jin
7. 3 kul.
ok..tq so much..
ReplyDeleteas'kum dik,abg adew pertanyaan..klu jin mkhluk ghaib,bermkna jin jgak dpt melihat Allah dan Malaikat serta iblis n syaitan,btul x?..sbb Allah itu Ghaib bgitu gak dgn Malaikat n Iblis..so adkah jin juga mhadapi sakaratul maut sprti mnusia?..n adkah jin akn dpt melihat malaikat izrail mencabut nyawanya sbb jin jgak mkhluk ghaib seperti malaikat izrail,betul x?..pertanyaan yg terakhir,adakah jin juga akan mnghadapi seperti mna manusia hadapi pada akhir zaman nti seperti jumpa dgn dajjal,keluarnya yakjuj n makjuj,rksasa bumi n sebagainya itu?..adkah jin juga akn mngalaminya?..sekian terima kasih dik..maaf kerana byk soalan..abg ingin tahu..klu x pdt jawab x pew lah..abg x kisah..
ReplyDeletewkmslm, ikut ape yg adik igtlah kan, kita ni sume sama. cuma die nampak kita, kita tak nampak dia. mungkin ajal die pon sama macam kita. cuba rujuk ustaz ye..dh dpat nanti tolong kongsi ye
ReplyDelete