Semalam (24-04-2013) aku bersama mak dan Raudhah ke Hospital Seri Manjung (HSM) bawa
Raudhah untuk follow up. Kami bertolak
dari rumah jam 09:17 pagi menaiki motosikal.
Aku bertanya pada mak kalau-kalau mak berhasrat nak naik bas bila sampai
di Bota kerana aku risaukan Raudhah kena angin, lagi-lagi kalau berselisih
dengan lori pasir. Tak sesuai untuk
Raudhah. Tapi mak cakap tak apa, go on
je. So aku pun ikut jela cakap mak. Agak letih + cuwak gak 40 minit atas moto
dengan tak berlesennya. Alhamdulillah
kami sampai jam 10 pagi di HSM.
Seperti biasa, di Klinik Pakar Kanak-kanak HSM, sementara menunggu nombor
giliran dipanggil, aku belikan Raudhah biskut Chipsmore untuk layan
kerenahnya. Dan tibalah masa appointment
dengan doktor tu. Selalunya Dr Hanif
yang take over tentang Raudhah tapi kali ni Dr Hanif ditugaskan di wad
kanak-kanak. So, doktor cina yang rawat
adik aku. Bila doktor ni semak laporan
kesihatan jantung adik aku dari Hospital Pulau Pinang, dia mention tentang penyakit
adik aku, tentang jantung berlubangnya tu.
Aku tahu sebenarnya tentang penyakit Raudhah yang tak dapat dibedah
kerana tak sesuai dengan mesin bedah.
Tapi aku seperti lupa. Aku hanya
layan Raudhah macam adik-adik yang lain.
Macam budak normal. Bila doktor
tu cakap dekat mak, “Puan, pihak hospital penang dah maklumkan pada puan kan
tentang anak puan memang tak boleh dibedah?,” mak mengangguk. Doktor tu tambah lagi, “Puan bersedia hadapi
segala kemungkinan? Walau macam mana pun kami akan berusaha sedaya upaya kami
untuk anak puan bertahan lama sedikit,” kata doktor tu. Aku tiba-tiba teringat tragedi di mana aku
tinggikan suara pada doktor India semasa appointment tahun lepas kerana nak
tahu tentang kenapa adik tak dibedah dan hanya diberi ubat yang kena beli di
farmasi luar dengan harga yang mahal.
Pada masa tu baru aku tahu yang adik memang bergantung pada ubat. Aku terkedu, tergamam, tak tahu apa nak
kata. Hendak je aku menjerit ketika
itu. Rupanya adik tak lama. Aku selalu bayangkan satu hari nanti aku akan
hantar dia ke sekolah, bermain dengan dia, bawak dia jalan-jalan. Tapi, adik
makan ubat tu untuk bertahan saja. Bukan
untuk pulihkan. Dulu doktor India pun
pernah cakap pada aku yang adik punya jantung tak berfungsi kuat. Yang berfungsi kuat sekarang ialah paru-paru dia.
Dan paru-paru dia membengkak sebab tekanan yang kuat.
Dalam perjalanan balik, menangis mengenangkan Raudhah. Adik yang paling aku sayang, yang paling aku
rindu. Sekarang dia dah pandai cakap
‘apa’, ‘opah’, dan mula nak berdiri walaupun adik orang lain yang sebaya
dengannya, 2 tahun lebih dah pandai berjalan.
Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran aku ketika perjalanan
pulang. Adakah aku mampu hadapi hari
yang mana kami pulangkan ahli syurga ini nanti?
Adakah mak betul-betul bersedia dengan apa yang akan berlaku ini?
Adik-adik yang lain macam mana? Aku sentiasa rindukan suaranya. Wajahnya.
Bila aku makan, dia akan datang dekat aku minta nak disuapkan. Mujurlah sekarang aku tak ada selera nak
makan nasi. Hanya makan bubur nasi yang
mak masak untuk adik. Dapatlah aku
suapkan sekali.
Masa mula-mula sampai di rumah, Raudhah tak nak aku dukung dia sebab aku
lama di Terengganu, jadi dia lah lupa siapa aku. Ahh budak 2 tahun lebih mana kenal orang
lagi. Tapi berapa lama aku berpeluang
hidup bersama ahli syurga ini? Mampukah aku? Itu persoalan paling utama
sekarang.
Bukan simpati yang aku pinta bila menulis tentang adikku, Raudhahtul Adilah
ini. Tetapi kongsikan nilai yang aku
dapat. Aku sedar, kini tiada yang lagi
penting selain adik Raudhah. Amat
mencabar bila sikecil ni tak tahu apa yang dia rasa bila dia sakit. Apa yang dia rasa masa tubuhnya menjadi
biru. Ingin saja aku selalu ada
dengannya. Menikmati hari-harinya. Mendengar suaranya. Melihat dia cuba berdiri bila aku memintanya
berdiri. Persoalan sekarang bagaimana
untuk menghadapinya.
Selalu aku bisikkan pada Raudhah, sebab kanak-kanak ni dekat dengan Allah
tambah-tambah yang Down-Sindrom ni dekat dengan Allah.. “Odah, doakan abang
berjaya dunia akhirat, doakan abang jadi anak soleh ye dik. Tunggu abang depan pintu syurga. Doakan abang selamat dunia akhirat”..
Aku tak sangka macam mana aku boleh lupa tentang masalah ni. Hikmah Allah yang bawa aku berjumpa dengan
doktor tadi. Baru aku sedar apa yang
lagi penting sekarang.. bertebaranlah
kamu di atas muka bumi ini tapi ingat, apa yang lagi penting.

Hafiz. keep strong! keep pray. U r the best brother!! n sure ur sister'll noe that :) Dun give up super duper brother :)
ReplyDeletethanks ziqah for ur support.. do pray for me
Delete