
Soalan oleh abang Syed Hamdan pada saya sendiri:
“Assalamualaikum adik, abang ada soalan. Bagaimana kalau ibu kita difitnah orang, adakah kita perlu biarkan sahaja dan melihatnya semula kepada hikmahnya juga. Dan apa hikmahnya.”
Jawapan saya ni campur-campur, ada yang saya pinjam kata-kata Prof Muhaya juga ya:
Tahniah pada abg syed hamdan ya, seorang anak soleh insya-Allah, seorang anak yang prihatin tentang perasaan ibu bapa. Sebagai anak, abg syed merupakan pencen kubur untuk mak ayah tak kira masih hidup atau dah meninggal dunia.
Pada kata-kata Prof Muhaya, fitnah ni kita tak usah peduli apa orang kata. Contohnya, orang nak beri hadiah pada kita, tapi kita pula tak terima. Hadiah tu balik pada sapa? Pada dia kan?
Jadi, kalau orang kata kita, kita buat tak tahu jangan respon. Jangan biarkan orang lain menentukan emosi. Tak kisahlah kena fitnah ke, kena kata ke. Dalam entri lepaskan hafiz dah tulis kita sama dah belajar, FIKIRAN menentukan EMOSI kita. Jadi, jangan benarkan orang lain tentukan emosi kita. Sebab fikiran ni, fikiran kita. Bukan orang lain.
Macam hafiz tadi post status satu hadis di facebook, tapi dah delete, ada orang komen yang pelik-pelik, hafiz ignore. Bila hafiz ignore tu maknanya orang tu bukan energy hafiz lah.
Orang yang fitnah kita, beraura negative. Jangan rosakkan diri kita dengan aura negative. Lebih baik ignore daripada melawan. Sebab kalau orang kata negative, kita lawan balik, jadi konfrantasi (maaf kalau salah eja). Tak guna. Buat diam je.
Macam kita kena baling batu, kita elak-elak saja lama-lama dia penat lah. Fitnah ni perkara yang dah berlaku. Jangan hidup pada masa lampau. Teruskan memperbaiki diri. Kalau kena fitnah tengok betul tak apa dia kata. Kalau betul, betulkan diri kita.
Orang yang paling baik untuk kita nak belajar ialah musuh kita. Sebab musuh kita cari kesalahan kita. Dan kita jadi suka kalau kita tahu salah kita. Pujian manusia, penghargaan manusia tak bagus untuk kita.
Dan untuk hikmah ni kena perhatikan kehidupan kita sehari-hari. Apa yang berlaku bukan satu kegagalan, tetapi satu keputusan kehidupan, kita kena pandai bertanggungjawab atas apa yang berlaku dan sentiasa mencari makna. Mungkin kita difitnah sebab kita jauh dari Allah, atau ada perkara yang kita dah buat, Allah tak berkenan. Cara Allah nak tegur, Allah bagi notis dengan beri ujian pada kita.
Ini ilmu yang Allah beri pada hafiz, belajar dari Prof. Selebihnya banyak berdialog dengan Allah.
bagus jawapan adik tuw..terjawab sudah persoalan abg niew..terima kasih dik..tq so much..
ReplyDeleteZaman ni memang zaman fitnah. Kena hati2 dan berwaspada selalu.
ReplyDeletemat som: tq atas peringatan
ReplyDelete