Tuesday, November 22, 2011

Belajar Cari reda Allah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w seluruh keluarga baginda dan para sahabat. Alhamdulillah berkesempatan buat posting hari ini. Sejajar dengan tema kita, mencari reda Allah. Ingin saya berikan definisi yang saya fahami sendiri bagaimana mencari reda Allah. Saya bukan ilmuwan Islam, cuma nak kongsi ilmu yang sedikit ini hanya untuk dimanfaatkan agar menjadi panduan pada kita semua insya-Allah. Pada mulanya, saya secara jujurnya memang tak faham macam mana reda Allah. Apa yang dikatakan dengan reda Allah. Sehinggalah saya terdengar audio oleh Prof Dr Muhaya, yang mana prof tekankan tentang “cari reda Allah, bukan penghargaan manusia”. Masa saya dengar tu, subhanallah terdetik hati saya nak teruskan mendengar sehingga selesai. Reda Allah yang saya faham, kita akan mencapai tahap reda, apabila kita benar-benar bergantung pada Allah. Banyak saya perhatikan manusia hari ini, terutama disekeliling kita sendiri, tak meletakkan Allah sebagai yang pertama dalam hidup kita. Saya dapati juga, orang yang tak meletakkan Allah mula-mula sekali dalam hidup dia, orang ini tak kan tenang. Selalu gelisah, kelam kabut, suka sedih dan perfectionist. Maaf jika salah eja. Saya taip go through je. Orang yang bergantung pada Allah berjaya dalam segala hal sebab dia tahu qada’ dan qadar Allah ada. Kita bersyukur dapat hidup dalam suasana Islam. Kerana apa? Nak ibadah ada rukun Islam, nak panduan hidup ada rukun Iman. Subhanallah amatlah perfectnya Islam, agama kita. Sejujurnya saya juga kadang-kadang tak meletakkan diri sebagai bergantung pada Allah, akan jadi gelisah, sedih dan yang bad habit lah yang berlaku. Sama-sama improve ourself ya. Saya nak seru pada semua terutama remaja, nak dapat reda ni memang la susah. Kadang-kadang kita tak nampak yang bendanya mudah. Kita sering salahkan diri kita sebab diri kita tak baik, sebab tu susah nak cari reda Allah. Ingatlah, cari reda Allah senang sangat. Akan jadi susah bila kita kata susah dan set minda kita yang syaitan sering menghasut kita. Ingatlah, kita yang mesti mengubah suasana bukan suasana mengubah kita. Nak buat apa-apa selalu berdialog dengan Allah. Tak rugi berdialog dengan Allah. Bila sentiasa tanya dalam hati, “Ya Allah, kalau aku buat macam ni Engkau reda atau tidak? Kalau aku buat macam tu Engkau reda atau tidak?” reda ni kan izin Allah. Tanyalah pada Allah. Bergantunglah pada Allah. Buat yang Allah tak larang sahaja. Alhamdulillah semalam dapat terangkan maksud dunia dalaman mempengaruhi dunia luaran pada rakan saya. Insya-allah dia akan manfaatkan. Minta-minta itulah salah satu saham akhirat saya, bila saya mati esok-esok, tengah seksa oleh malaikat, tiba-tiba ada orang yang pernah saya sampaikan ilmu yang sikit ni diamalkan, kuranglah seksaan saya dalam kubur esok-esok. Insya-Allah. Kalau ada silap di mana-mana saya amat hargai teguran yang hendak diutarakan. Kalau Nampak mana tak betul, sama lah kita betulkan jangan diam pula nanti saya tak tahu mana silap saya orang lain ikut sahaja ilmu yang salah. Nak bertanya tu boleh terus melalui mana-mana e-mel. Kalau saya tak dapat jawab, saya rujuk ustaz. Insya-Allah nak beri manfaat pada manusia lain. Sekian, maan najah.

4 comments:

  1. Assalamualaikum,dik hafiz..mencari redha Allah..cukup mnyntuh kalbu..abg dew soalan,apakah yg dimksudkan dgn Redha Allah terletak pada Redha Ibu kita..adakah bermksud,klu kita buat sesuatu dgn niat Kerana Allah sekalipun,klu ibu kita x redha,so bermkna Allah pown x redha dgn apa yg kita lakukan tuw?..mohon penjelasan dik..salam ziarah :3

    ReplyDelete
  2. wkmslm..
    tepat, betul lah tu.. penat kalau buat amalan2 atau ibadah, tapi dengan ibu, kita sakiti hatinya, buat kecik hati ibu,, maka tiada nilai di sisi tuhan

    ReplyDelete