Hari ini saya rasa lega dan puas
sangat kerana dapat berita gembira dari adik lucu saya sorang ni, kawan saya
bercerita dan gaduh, kawan saya merajuk, iaitu adik kedua saya, Hakimi Hamdi. 3 Mac 2015 tarikh yang dinanti-nantikan oleh
semua yang lahir pada tahun 1997 sebab tarikh ni lah tarikh yang amat
mendebarkan adik saya dan kawan-kawan dia.
Di mana hari ini, keputusan SPM mereka keluar. Dari pagi saya tunggu Whatsapp dari dia
masuk. Akhirnya jam 11.48 pagi saya
dahulu yang Whatsapp dia. Tapi malangnya
dia tak buka internet, jadi, text saya tak sampai.
Jam 13:31 baru dia reply. Alhamdulillah dia dapat 5A. Lepas dapat berita gembira tu, saya bersyukur
pada Allah kerana memberi kejayaan pada dia.
Bukan sahaja kejayaan akademik semata, malah saya boleh katakan dia
berjaya juga dalam sahsiah akhlak Islamiah dia.
Saya pasti sekarang dia sedang tersenyum puas sambil silang kaki atas
sofa di rumah dengan apa yang dia perolehi.
Pasti mak dan ayah juga bangga dengan pencapaian dia.
Terkenangkan kisah dia sebelum ni. Semasa UPSR, dia biasa-biasa sahaja. Ramai yang buat tak tahu dengan dia
dulu. Tapi dia sambung belajar dalam
bidang agama. Bersyukur sangat sebab dia
minat dalam bidang agama, jadi, ayah hantar dia masuk sekolah agama. Sejujurnya melihat adik menceburi bidang
agama, saya sebagai abang dia, rasa sangat lega dan sangat bangga. Dia boleh tegur kesilapan saya semasa
mengambil wudhu’, dia menegur kesalahan dalam bacaan Al-quran saya, dan dia
kadang kala berkongsi hadith yang dia belajar dan mempraktikkan dalam hidup
sekeliling dia. Sebab tu pada awal lagi
saya kata, dia berjaya dari segi dunia dan akhirat dia. Saya tak perlu nak jumpa orang luar, sebab
kadangkala saya sendiri malu nak jumpa orang luar nak tanya soal agama. Saya boleh refer terus dengan dia.
Lepas PMR, result dia tak berapa
cantik, dia tak dapat sambung sekolah yang sama. Kami ada mengusik dia untuk masukkan dia ke
sekolah biasa. Masa tu dia tolak sebab
dia tetap nak sambung bidang agama. Saya
bersyukur dia pilih jalan untuk dia teruskan pengembaraan dia dalam bidang
agama. Ayah saya usahakan dia untuk
masuk ke sekolah agama sebelah sekolah lama dia. Alhamdulillah dia cepat mesra dengan kawan baru
dan disenangi oleh guru-guru dan pelajar di sekolah tu. Kalau nak cerita tentang sifat dia, semakin
meningkat remaja, dia semakin serius orangnya.
Semakin tenang berbanding sebelum ini.
Tidak mudah kelam kabut dan gelabah.
Terkenang semasa dia sekolah dulu.
Ayah kami bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah yang sama
dengan dia dan adik keempat saya.
Apabila dia nak pulang ke asrama selepas balik bercuti di rumah,
kebiasaannya, ayah akan hantar adik keempat saya dahulu ke sekolah sebab kami
ada sebuah motosikal sahaja. Hakimi ni
akan mengalah suka atau tidak. Kerana
semua orang tahu undang-undang asrama, kena masuk sebelum jam 6 petang. Ayah pula kerja shift malam kebiasaannya
masuk jam 7 malam. Jadi, adik saya yang
Hakimi ni akan balik asrama dengan ayah saya jam 6.30 bertolak dari rumah. Saya sangat faham perasaan dia ketika
itu. Tapi yang saya puji sangat, dia
tetap tenang, tak merungut pun. Saya
boleh bayangkan macam mana dia akan rushing bila sampai sekolah jam 7 malam,
kemudian kelam kabut masuk asrama, kemas barang, mandi dan siap nak solat
maghrib berjemaah dengan kawan-kawan yang lain pula lepas tu. Malam ada kelas tambahan kadang-kadang tu.
Semasa dia pulang bercuti di rumah,
jika saya ada di rumah, saya akan kerahkan dia supaya baca buku. Abang mana yang nak biarkan adik dia tak
belajar di rumah. Saya tak senang duduk
tengok dia melepak depan tv. Ada masa,
perlu juga untuk sesekali ulang kaji dan buat latihan. Tapi alhamdulillah saya bersyukur kerana
dikurniakan seorang adik yang tak susah nak bentuk. Bila suruh, memang dia akan tunjuk macam tak
suka, tapi dia akan buat. Saya tahu dia
tak suka saya marah dia, kadang saya buat muka sedih, supaya dia akan ikut apa
saya nak dia buat. Semua tu tak sia-sia. Saya rasa lega, dan saya yakin dia juga lega
sekarang ni. Sekarang, saya nak dia buat
STAM dia elok-elok, supaya cita-cita dia hendak ke Mesir, tercapai. Saya nak yang terbaik untuk semua adik-adik
saya. Adik pertama dan adik kedua saya,
sebenarnya inspirasi saya juga. Saya
bersyukur Allah letakkan mereka berdua dalam bidang agama dan saya bangga
dengan mereka. Sebab mereka tak macam
kawan-kawan mereka yang lain, melepak, suka buat benda lagha. Masa bermain, kita main tapi masa kita
belajar, kita belajar sungguh-sungguh.
Sebab kita ada matlamat hidup kita.
Tahniah! Inilah hasil menjadi anak
soleh, adik yang baik, abang yang tegas, kawan yang penyayang. Inilah dia rahmat Allah untuk kamu. Tak sia-sia jadi mukmin soleh. Pengorbanan sebelum ini, akhirnya Allah balas
dengan kejayaan kecil ini. There will
more in future dear. Terima kasih adinda,
Mohd Hakimi Hamdi b Radzi, I really proud of you. Kamu dah kumpul banyak ucapan tahniah
daripada semua orang sekeliling kamu yang sayang pada kamu. Terima kasih kerana hadiahkan kegembiraan
untuk keluarga ini. Semoga lebih
cemerlang selepas ini. Inilah dia
kehidupan, di masa kita jatuh, kita akan bangun semula untuk corakkan kehidupan
yang baru yang lebih cemerlang.


Alhamdulillah...dia memang seorang pelajar yang soleh...in sya Allah
ReplyDelete