Sehubungan itu, usaha perlu dilakukan segera. Kita perlu merenung sejenak laungan pakar motivasi yang menyatakan “Orang yang gagal ialah orang yang sentiasa mencari alasan. Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa mencari jalan.”
Dalam hal ini, bahan bacaan tambahan Bahasa Arab untuk para pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti perlu dipasarkan. Antara bahan yang popular dewasa ini ialah majalah Bahasa Arab yang menyajikan pelbagai isu berkaitan kehidupan seharian dalam bentuk santai.
Untuk menjayakan usaha murni ini, beberapa tokoh korporat yang memiliki jiwa ‘mencintai bahasa al-Quran’ mengajak penulis dan rakan-rakan untuk menerbitkan sebuah majalah Bahasa Arab. Setakat ini, majalah tersebut boleh dianggap sebagai majalah bahasa Arab pertama diterbitkan di Malaysia.
Untuk menerbitkan sebuah majalah berbahasa Arab di negara kita, banyak aspek perlu diambilkira.
Selain itu, kejayaan sesebuah majalah baru terutamanya yang menggunakan medium Bahasa Arab memerlukan gabungan kepakaran daripada semua pihak yang berkenaan.
Antara mereka yang terlibat dalam menjayakan misi ini ialah tokoh korporat, penerbit, editor, pengarang, pelukis, pegawai pemasaran, pemborong, pengedar, pemilik kedai buku, pelajar, guru, pensyarah, konsultan Bahasa Arab, pegawai kurikulum dan beberapa orang yang berminat dalam Bahasa Arab.
Setelah mengadakan beberapa kali rundingan, pihak penerbit merangka suatu konsep majalah yang dikira sangat bersesuaian dengan para pelajar samada rendah dan menengah. Ia juga dirangka bertepatan dengan matlamat kurikulum J-Qaf (Jawi-Quran-Arab-Fardu Ain), Kelas Agama Petang (KAP) dan kurikulum Bahasa Arab KBSM (Kurikulum Baru Sekolah Menengah).
Banyak konsep baru yang boleh dianggap sebagai suatu inovasi terkini dan sensasi diketengahkan dalam majalah ini. Antaranya ialah penggunaan kata pinjaman, konsep zikrullah, penggunaan bahasa badan, konsep intonasi, konsep panggilan mesra, konsep mesra alam dan lain-lain lagi.
Adalah diharap pendekatan yang pelbagai ini dapat menyuntik semangat baru dan segar untuk para pelajar mempelajari bahasa yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, namanya sahaja sudah menggambarkan betapa mudahnya belajar Bahasa Arab. Nama Mahir dipilih kerana ia adalah perkataan Bahasa Melayu yang berasal daripada perkataan Arab. Perkataan ini telah termaktub dalam Kamus Dewan sejak sekian lama. Sehubungan itu, sesiapa sahaja yang telah menguasai Bahasa Melayu dapat memahami majalah ini dengan mudah.
Dalam konteks ini, penggunaan perkataan dalam majalah ini banyak mengambil kira kata pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab. Bayangkan terdapat lebih 1,700 perkataan Melayu adalah merupakan perkataan yang diubahsuai daripada perkataan Arab.
Antara perkataan teras yang banyak digunakan dalam majalah ini ialah majalah, mahir, nasihat, nahu, ulama, nahu, usrah, kamus, ana muslim dan lain-lain.
Setakat ini, beberapa kerajaan negeri berminat menjadikannya sebagai bahan bacaan tambahan kepada para pelajar. Antara cadangan itu ialah membuat langganan majalah selama setahun dan mengedarkannya kepada kira-kira 1,700 orang guru Kelas Agama Petang di negeri tersebut. Usaha ini diharap dapat meningkatkan penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar dan juga memudahkan guru mendapatkan Alat Bantu Mengajar (ABM).
Selain itu, beberapa bengkel cara menggunakan majalah juga sedang dalam perancangan. Bengkel Majalah Dalam Darjah (MDD) ini diadaptasi daripada konsep Bengkel Akhbar Dalam Darjah (ADD). Bengkel ini juga dalah lanjutan daripada keberkesanan bengkel ADD bagi subjek Bahasa Arab.
Oleh yang demikian, para pelajar diharap dapat mengambil kesempatan ini untuk menggunakan majalah sebagai alternatif meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Mereka boleh mendapatkannya di pasaran terbuka. Bagi pihak yang ingin melanggannya secara banyak selama setahun boleh menghubungi talian 019-2788055
Arab dan Islam
Al-Qur'an diluahkan dalam Arab dan tradisinya Muslim percaya ia mustahil untuk terjemahkan dalam cara yakni boleh cukup memantulkan makna tepatnya—sesungguhnya, hingga kini, sesentengah sekolah diingati mengekalkan yakni ia patut tidak diterjemahkan langsung.Senarai istilah Islam dalam Arab meliputi yakni istilah dimana adalah digunakan oleh semua Muslim, apa jua ibu lidah mereka. Ketika Arab kuatnya berhubungkait dengan Islam (dan adalah bahasa solat, sembahyang), ia juga dituturkan oleh Arab Kristian, Oriental Yahudi Mizrahi, dan mazhab lebih kecil seperti Iraq Mandaean.
Majoriti dunia Muslim tidak tutur Arab, tetapi hanya tahu sesetengah frasa tetap bahasa, seperti yang digunakan dalam sembahyang Islam, tanpa perlunya mengetahui makna mereka. Bagaimanapun, belajar Arab adalah bahagian asas kokurikulum untuk sesiapa jua yang mencuba untuk menjadi ilmiawan agama Islam.
Mempelajari bahasa Arab
Bahasa Arab menarik minat berjuta-juta penutur bukan-Arab untuk mempelajarinya ke peringkat berbeza, terutamanya kerana ia merupakan bahasa dari buku suci mereka, Al-Quran, dan semua istilah Islam adalah berbahasa Arab. Bahasa Arab telah diajar dalam banyak sekolahasas dan menengah terutamanya di sekolah Muslim di seluruh dunia. Banyak universiti di dunia kini mempunyai kelas untuk mempelajaribahasa Arab sebagai Bahasa Luar, sebagai sebahagian dari jabatan Bahasa luar, pengajian Timur Tengah, pengajian keagamaan, pengajian kawasan, dan malah jabatan bahasa Arab bersendirian. Banyak sekolah bahasa Arab kini wujud untuk membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa Arab di luar pendidikan akademik. Kebanyakan dari sekolah bahasa Arab terletak di Dunia Arab dan sesetengah negaraDunia Muslim. perisian dan buku dengan pita juga bahagian penting dari pengajian bahasa Arab, laksana ramai dari pemelajar bahasa Arab mungkin tinggal di tempat di mana terdapat kelas akademik sekolah bahasa Arab yang boleh didapati. Siri radio dari kelas bahasa Arab juga diberikan dari sesetengah stesen radio. Sebilangan laman web pada Internet memberikan kelas online untuk semua peringkat laksana pendidikan jarak jauh bertujukan.
Pengaruh Arab pada bahasa lain
Pada kebiasaan dengan bahasa Eropah lain, banyak perkataan Inggeris adalah dipemerolehan dari dari Arab, selalunya melalui bahasa Eropah lain, terutamanya Sepanyol dan Itali, dikalangan mereka kosa kata setiap hari seperti "gula" (sukkar), "kapas" (quṭn) atau "majalah" (maḫāzin). Kata paling dikenali seperti "algebra", "alkohol" dan "zenith" (lihatSenarai perkataan Inggeris dari asalan Arab).
Pengaruh Arab telah menjadi paling mendalam dimana pada negara yang dikuasai oleh Islam atau kuasa Islam. Arab adalah sumber kosa kata major untuk bahasa yang berbagai seperti bahasa Berber, Kurdish, Parsi, Swahili, Urdu, Hindi, Turki, Melayu, dan Indonesia, baik juga seperti bahasa lain di negara dimana bahasa ini adalah dituturkan. Contohnya perkataan Arab untuk buku /kita:b/ digunakan dalam semua bahasa yang disenaraikan, selain dari Melayu dan Indonesia (dimana ia spesifiknya bermaksud "buku agama").
Istilah jarak pinjaman dari terminologi agama (seperti Berber taẓallit "sembahyang"
Sarang Labah-Labah
أوهن (awhan) : lebih lemah
من (min) : dari
بيت (bait) : sarang
العنكبوت (al-ankabut) : labah-labah
PENERANGAN
Walaupun ada pengkaji barat menyatakan bahawa sarang labah-labah kalau dikumpulkan, dimampat dan dijadikan baju, baju tersebut sangat kuat dan tidak ditembusi peluru. Itu jika dimampat dan dikumpul. Sarang labah dalam bentuk fizikal asal, yang tergantung pada pokok atau atap rumah sememangnya lemah. Jadi, peribahasa ini memberi maksud, berharap kepada sesuatu atau orang yang lemah umpama bergantung kepada rumah labah-labah. Bila-bila masa sahaja ia boleh terkoyak dan dikoyakkan orang. Ini disebut dalam al Quran Surah Al Ankabut ayat 41.
Si Penakut
إن : sesungguhnya
الجبان (al-jaban) : penakut
حتفه (hatfu-hu) : kematiannya
من (min) : dari
فوقه (fauqihi) : atasnya
PENERANGAN
Bila berlaku perang, orang yang penakut akan enggan keluar kerana takutkanmati. Hakikatnya, kematian sememangnya menunggu di atas kepala setiap dari kita. Tiba masanya, ia akan jatuh dan menghempap kepala kita. Orang penakut sentiasa nampak maut itu di atas kepalanya meyebabkannya teragak-agak keluar berperang. Berlainan dengan orang berani yang tidak perasan maut itu di atas kepalanya, menjadikannya terus kehadapan tanpa menyehdahkan bahaya.
Harta yang tidak binasa
القناعة (al-qana'ah) : perasaan cukup
كنز (kanz) : harta
لا (la) : tidak
يفنى (yafna) : binasa
PENERANGAN
Manusia biasanya tidak pernah rasa cukup dengan harta yang dikumpulnya. Walau bertimbun sekalipun, perasaan tidak cukup tetap membelenggu perasaannya. Jadi, rasa redha dan bersyukur dengan apa sudah ada serta tidak terlalu tamak mengejar harta sehingga menggadai harga diri dan agama adalah dikira 'harta' juga. Harta jenis ini tidak kehabisan dan rosak, berbanding dengan harta wang ringgit yang menjadi rebutan dan mudah dirompak dan dicuri.
Rela Mati
المنية (al-maniyyah) : kematian
لا (la) : tidak
الدنية (ad-daniyyah) : kehinaan
PENERANGAN
Dalam peperangan, askar-askar yang bermaruah lazimnya tidak mudah menyerah kalah. Mereka akan berjuang sehingga titisan darah terakhir walaupun mereka tahu mereka pasti kalah. Kerana menyerah kalah adalah kehinaan. Jadi mereka lebih rela menghadapi kematian tetapi tidak sanggup mengalami kehinaan. Orang Melayu kata, "biar berputih tulang, jangan berputih mata".
Sabar adalah kuncinya
الصبر (ash-shobru) : sabar
مفتاح (miftah) : anak kunci
الفرج (al-faraj) : pelepasan
PENERANGAN
الفرج (al-faraj) bermakna "terlepas daripada kepayahan". Mungkin anda terkeliru dengan perkataan 'faraj' yang ada dalam bahasa Melayu. Yang itu dalam bahasa Arab disebut الفرْج (al-farj). Jadi, bila menghadapi kesempitan dan kesukaran, sabar adalah kunci untuk mencari pintu keluar daripadanya.
Anak Singa
هذا (haza) : ini
الشبل (asy-syiblu) : anak singa
من (min) : daripada
ذاك (zaka) : itu
الأسد (al-asad) : singa
PENERANGAN
Singa adalah penguasa rimba yang hebat dan digeruni. Dan biasanya si anak singa juga akan mewarisi kehebatan bapanya. Peribahasa ini merujuk kepada kehebatan si anak yang diperturunkan oleh bapanya.
Anak Bapak
من (man) : siapa
أشبه (ashbaha) : menyerupai
أباه (aba-hu) : bapanya
فما (fa-ma) : maka tidak
ظلم (zolam) : dia zalim
PENERANGAN
Kalau anda menemui seorang budak suka memukul orang, dan anda tahu bapanya juga kaki pukul, jadi budak itu tidak zalim. Yang zalimnya adalah bapanya yang mewariskan perangai itu kepada anaknya. Orang Melayu kata, "anak borek, bapa rentik". Orang Arab kata, "anak berperangai bapanya tidak zalim, yang zalim ialah bapanya" !!
No comments:
Post a Comment