Salam semua !!
Maaf kepada follower-follower blog aku. Aku baru berkesempatan untuk update blog aku ni. Harap para blogger sihat-sihat hendaknya ya!! Selama hampir sebulan aku meninggalkan kalian semua. Maklumlah ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan singgah kepadaku. Kamu semua mesti terkejut kenapa aku menggunakan ayat penuh. Betul tak? Baiklah, ni nak cerita sebabnya.. jeng-jeng-jeng.. antaranya ialah, aku ada diundang untuk membaca blog seorang yang rapat dengan aku. Aku rimas dengan penulisannya yang banyak shortform yang sukar untuk difahami. Aku baca balik blog aku dan aku sedari,aku punya penulisan juga begitu teruk hampir sama dengan penulisan dia. Kalau kome baca pun gerenti susah nak faham. Bukan shortform yang biasa tu.. yang luar biasa la!!.. hehe.. Ok, Another reason is, banyak pembaca-pembaca luar seperti cikgu-cikgu dan ustaz-ustaz. Alhamdulillah atas pandangan dan perkongsian ilmu serta nasihat-nasihat yang diberikan dapat meningkatkan muhasabah diri ini.
Insya-Allah di masa akan datang, aku akan menggunakan platform laman sosial Facebook, Muhd Hafiz Hamdi Al-Wafi (Ibn Radzi) sebagai satu cara untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang aku ada. Sebab apa? Sebab demi sayangkan agama Allah ini iaitu ISLAM. Ilmu agama kalau disimpan dan tidak diextract ianya akan hilang. InsyAllah juga di laman blog ini aku akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang aku ada. Sesungguhnya aku ini hanya insan biasa. Ini sahaja cara yang aku mampu untuk memartabatkan agama Allah ini. Tetapi sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut, jumpalah ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah untuk mendapatkan penjelasan tentang satu-satu tajuk yang sukar. Jadi, sama-samalah kita memartabatkan agama Allah ini kerana, kalau bukan kita, siapa lagi yang ingin memartabatkannya. Wallahu ‘alam.
No comments:
Post a Comment