Saturday, August 13, 2011

~ Ini Pendapat Saya ~

Saya bukan ustaz, saya bukan orang yang pandai, bukan orang yang perfect, saya hamba Allah yang kerdil. Saya ingin mengingatkan diri saya dan kawan-kawan yang membaca coretan saya untuk sama-sama menjadikan apa yang negative kepada positif. Ramai yang tanya saya, ‘Hafiz, macam mana kamu face problem dengan kawan kamu tu? Macam mana kamu boleh relaks lagi’. Ini adalah antara kata-kata yang saya terima. Pada mulanya, saya teringat dalam ceramah maulidur rasul ustaz Kazim, beliau cakap, kalau kita nak hati kita tenang, nak selesaikan masalah, amal 3 perkara. Allah sebut dalam surah Al-Lail. Yang pertama, bersedekah. Bila kita bersedekah disertakan dengan niat yang ikhlas, insya-Allah, Allah akan beri ketenangan pada kita. Banyakkan memberi pada orang, jika kita bagi dengan baik, kita akan dapat yang terbaik dari Allah. Jadilah seperti nabi Muhammad, sangat pemurah umpama angin yang lalu, bila ada orang susah datang jumpa nabi, on the spot nabi tolong, sebab itulah nabi hidup tenang walaupun baginda pilih cara hidup miskin. Yang kedua, jadilah orang yang bertakwa. Orang yang taat pada Allah, lantaklah orang nak kata apa pada kita, kita solat. Biarlah orang tak suka kita, kita taat pada Allah. Yang pentingnya, ikut agama, pegang agama, insya-Allah, Allah tolong kita. Manusia belum tentu boleh tolong kita, time dia baik dengan kita, dia sokong kita. Bila tak puas hati dengan kita, dia terajang kita, dia tekan kita. Sebab tu kita perlu bantuan dari Allah. Yang ketiga, hendaklah berperangai dengan perangai yang baik. Bercakap benar. Jangan tipu, jangan sombong. Jangan bongkak, jangan berlagak. Jangan kita maki pada orang. Jangan kasar-kasar dengan orang. Insya-Allah dengan syarat-syarat Allah tersebut dapat membantu kita dalam mendapatkan ketenangan. Saya juga cuba bertanya pendapat kawan-kawan, macam mana dan di mana silap saya selama hari ini.

Bila ada orang tak tegur saya, insya-Allah saya cuba cari punca kenapa kawan saya putuskan silaturahim dengan saya, saya akan sibuk cari kesalahan saya. Kenapa boleh jadi macam ni. Saya juga belajar, bila Allah uji kita, bermakna ada benda Allah nak tegur kita. Bila kita diuji, kita kena rasa gembira kerana Allah sudi menguji kita sedangkan Allah tidak uji pada orang lain. Allah biarkan orang lain leka dahulu. Bersyukurlah banyak-banyak pada Allah. Tambah dan tingkatkan ibadah tanda syukur pada Allah.

Kita juga kena belajar untuk bagi penghargaan pada manusia. Cakap benda-benda baik pada orang. Jangan cari kelemahan orang. Puji dia. Gembirakan hati dia.

~ Bila kawan tak tegur kita ~
Saya nak kongsikan kata-kata ini dari Prof Dr Muhaya, “Hidup di dunia ini, bersyukur pada orang yang menyakitimu, kerana dialah menabahkan hatimu,(kita akan belajar cara untuk tabah bila kita disakiti), bersyukur pada orang yang menipumu, kerana dialah meningkatkan pengetahuanmu, (tak apa, biar kita kena tipu pertama kalinya, supaya dapat tingkatkan pengetahuan sebab kita takkan tertipu kali kedua dah), bersyukur pada orang yang tak mengendahkanmu kerana dialah yang memupukmu untuk berdikari..(biar orang pulaukan kita, sebab kita belajar bahagia dengan Allah, kerana Allah yang akan beri bahagia dengan manusia itu), bersyukur pada orang yang menjatuhkanmu, kerana dialah yang memperhebatkan kredibilitimu..(tak apa, biar dia jatuhkan kita, sebab kita akan belajar bangun balik, kita akan jadi kuat..), dan bersyukur pada orang yang menyeksamu, kerana dialah yang menguji kesabaranmu..”
Kita kena fikir balik, mana satu yang lagi penting. Antara kita dengan Allah ke dengan manusia. Jagalah hubungan dengan Allah, jaga hati Allah. Bila kita dapat kasih sayang Allah, Allah akan bagi apa yang lebih baik untuk kita.

~ Bila kita kena kutuk ~
Bila kita kena kutuk, belajar set mind kita menyebut perkataan, ‘ek el leh’, atau dalam bahasa inggeris ‘so what?’. Katakan dalam hati kita, ‘apa yang anda fikir tentang saya, itu tak penting, sebab saya tahu saya seorang yang bagus,kerana saya yakin pada Allah, taat pd Allah..’
Bila sesuatu yang negatif berlaku kat kita, cari salah kita dulu.. kalau kita bagi (buat) benda negatif,
Allah bagi negatif kat kita..jadi, bila nak benda baik berlaku, beri benda baik selalu..carilah keredhaan Allah.
Mulai hari ni carilah kebaikan orang, jangan cari kesalahan orang..amalkan selama 30 hari cari kebaikan orang sekeliling. Kajian membuktikan apabila kita buat sesuatu secara berulang selama 30 hari, ia akan jadi satu tabiat..

~ Belajar memaafkan orang ~
Kita kena ingat, bila kita susah memaafkan orang, sebenarnya kita sedang menyimpan kanser dalam hati kita (seperti kudis besar). Bila kita memaafkan orang, wave negative sudah tak ada. Bila wave negatif sudah takda, maka benda baik akan berlaku.. Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang Maha Pengampun. Kenapa kita sampai tak nak maafkan orang?? Orang yang ego, dia seorang yang suka marah, dan tak boleh memaafkan orang lain, dia suka nak betul, dia suka nak lebih, suka mengharapkan penghargaan manusia, dia bukan nak redha.. jadi, bahagiakanlah diri kita dengan memaafkan orang..

~ Dah minta maaf dan memaafkan tapi tak nak bersua ~
Bila kita dah berbaik dengan si dia, tapi tak nak bersemuka dengan dia dengan alasan takut berulang lagi kemarahan dan terungkit kisah lama, ini namanya mufarakah, boleh, takda masalah, janji sama-sama ikhlas. Jangan pula ada yang sibuk kata, mana boleh tak tegur, mesti tegur. Saya nasihatkan kat orang ni, jangan lah sibuk hal orang lain. Buatlah hal kita sendiri jangan sibuk hal orang. Kita pun masih banyak yang perlu diperbetulkan.

Insya-Allah sama-sama kita ambil iktibar. Saya bukan nak bajet pandai. Niat saya kerana Allah, nak kongsi ilmu yang saya ada. Mana yang silap saya minta maaf, kot-kot ada salah fakta atau pemahaman saya. Saya mohon maaf. Saya tulis atas pemahaman saya. Mana yang arif, tolong tegur dan betulkan.

No comments:

Post a Comment