Saturday, November 26, 2011

Malas salah satu penghalang cari reda Allah

Entri hari ni saya nak kongsi sikit macam mana nak atasi masalah kemalasan. Maaf sebab sekarang baru share. Sepatutnya sebelum exam hari tu ya. Tips ini dikongsi oleh abang Hafiz Zain sewaktu saya tanya dia macam mana nak atasinya. Beliau kongsi beberapa perkara yang perlu dilakukan.

1. Solat awal waktu. Ini kerana, kalau kita selalu lewatkan, tempias malas tu akan kena pada kita.
2. Tanya pada diri kita – apa faedah daripada sikap malas ‘aku’ ni. Kalau taka da faedah perlulah kita usaha.
3. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas. Tengok dan fikir. Tujuannya, nak sedarkan minda kita bahawa malas ni taka da faedah langsung.
4. Bayangkan kesan positif kalau kita rajin. Hidup senang, kehidupan pun cerah bukan?
5. Senaraikan kenapa kita nak buang sikap malas. Tampal dalam bilik, tgok, kemudian tekadkan azam . Nak berubah perlukan sebab. Senaraikan sebab tu.

Nak berubah kena usaha lebih sikit. Kita nak kaitkan dengan tema kita sekarang ni iaitu mencari reda Allah. Beriman untuk cari reda Allah bukan? Nak capai tahap beriman ni masya-Allah kena RAJIN. Kadang-kadang saya pun terasa malas nak buat benda yang baik-baik. Sepatutnya kita kena tahu bahawa orang yang beriman tak pernah berehat. Berehat dari apa ya? Berehat dari melakukan ibadah. Menuntut ilmu bukankah satu ibadah. Saya nak bagitahu dekat semua orang saya bagitahu ni bukan lah yang saya amalkan. Saya kongsi sahaja. Tajuk yang ni memang saya BELUM amalkan lagi. Sebab saya gunakan kaedah yang lain. Iaitu ‘gold card’. Alhamdulillah gold card yang saya buat beri banyak manfaat pada saya. Walaupun dah terlewat nak ubah diri tapi saya yakin kalau saya teruskan usaha, dengan kaedah gold card ini insya-Allah saya tergolong dalam golongan orang yang Berjaya sekira diizinkan Allah. Nantikan entri cara membuat gold card insya-Allah.

No comments:

Post a Comment