
Seorang ibu yang bertanya pada Prof Muhaya dalam slot Islam Itu Indah:
Jawapan Prof Muhaya :
anaknya umur 13 tahun, pertama macam ni, kita hanya menderita dengan apa yang bermain di fikiran kita. Benda ni berlaku bulan 3, satu petang di bulan 3. Tapi episod bergaduh, bertumbuk dan sebagainya, selama 2 jam umur kita waktu tu, tapi 3 bulan umur kita, kita sia-siakan duk fikir benda ni. Menunjukkan betapa kuatnya minda kita ini. Apa yang berlaku, satu keputusan. Apa kita nak buat dengan keputusan anak kita mengintai. Mungkin betul, mungkin tak betul tetapi, bila berlaku macam tu, jangan fikir reaksi orang tu. Ambil tanggungjawab, kenapa anak kita intai orang. Tengok akhlak dia macam mana. Solat macam mana. Tidak ada perkara yang berlaku tak ada hikmah-Nya. Ini satu cara Allah nak beritahu kita, cara kita didik anak kurang baik agaknya. Hantar sekolah agama mengharapkan pada guru sahaja. Sepatutnya kita didik anak-anak kita. Anak-anak kita ialah kain putih kita, amanah kita.
Sebenarnya ramai orang menderita dalam fikiran. Bila puan ada perasaan dendam dan marah, sedangkan mungkin kita bersalah. Tapi kalau kita rasa betul, “tak patut anak saya dilayan macam tu” kenapa kita rasa besar pada orang. Jadilah kita seorang yang merendah diri. Ambil satu tindakan nak betulkan keadaan. Jangan putuskan silaturahim. Jangan macam tu. Maafkan orang, bayangkan muka mak yang kena intai tu, lemparkan kasih sayang. Banyak baca fatihah untuk anak dapat hidayah. Cuba amek manafaat untuk betulkan anak. Baru 13 tahun, belum 23 tahun. Kalau dah 23 tahun dah susah, masih lembut lagi. Cuba betulkan anak kita, betulkan keluarga, diri kita, aurat kita. Kalau berlaku sesuatu yang tak baik berlaku dekat luar, balik pada diri kita, mohon pada Allah, jangan harap bantuan manusia.
masyaAllah..
ReplyDeleteperkongsian terbaiklah dik..
jwpn dr prof mmg bernas..
Redha Allah itu yang Utama :)
as'kum dik..abg adew soalan..bgaimana pula klu ibu kita difitnah org..adkah kita perlu biarkan shja n melihat semula kpd hikmahnya gak..klu begitu apkah hikmahnya,sprti ank yg dftnah td..hikmahnya mngkin anak x dididik ngan betul,so dlm konteks nie plak bagaimana?..sekian,seronok baca blog dik nie..as'kum..
ReplyDeletetepat kak nazihah@jiha
ReplyDeleteabg syed: hafiz jawab dalam ruangan konfliks ye
as'kum dik..abg dh baca jawpan adik tuw..alhmdulillah..bagus..
ReplyDelete