Alhamdulillah sampai umur ke hari ni. Syukur, kelmarin (10-Jan) hari ulangtahun kelahiran saya yang ke 18. Syukur sangat-sangat. Bagi sesiapa yang mempunyai hari ulang tahun tak kisah hari apa, mari sama bersyukur kepada Allah kerana diberi umur, nyawa, nikmat selama 17 tahun yang lepas dan menyambung nyawa kita ke hari ini. Moga dapat buat ibadah banyak-banyak.
Cek juga ibadah kita, amalan kita, keburukan kita. Update semuanya. Kita persis seperti sebuah komputer yang diprogramkan. Tengoklah apa program yang kita masukkan dalam diri kita untuk bertindak. Masukkan software-software yang baik dan bermanfaat. Delete software yang mendatangkan virus dalam minda kita.
Alhamdulillah Ahad (8-Jan) lalu, saya dah mula pergi ke sekolah memandu. Kemudian, hari Rabu (11-Jan), pergi untuk test undang-undang. Allah izinkan untuk lulus. Jawab hanya dalam 16 minit. Syukur. Hari ini, (12-Jan), Khamis, hadiri kelas motorsikal dan buat amali motorsikal. Jumpa sahabat lama, Mustakim. Budak SMK Sultan Muhd Shah Parit. Masa tingkatan 4, dia masuk sekolah Sains Bagan Datoh. Alhamdulillah silaturrahim ya, syukur.
No comments:
Post a Comment