Bila bercakap tentang ayah, masing-masing ada cerita
tersendiri. Kadang-kadang kita ni tak nampak,
tak celik mata hati lihat pengorbanan seorang ayah. Kenapa masih ada lagi orang yang tak boleh nak
hargai ayah dia sepenuh jiwa dan raga dia.
Kenapa hargai orang luar dari keluarga kita lebih daripada hargai
keluarga kita sendiri. Kenapa ada yang
tak hormat ayah dia.
Kita ni patut rasa bersyukur sebab masih mempunyai
seorang ayah. Kita tak tahu bila ayah
kita kembali pada pencipta kita. Itupun
tak pasti sama ada kita yang tanam ayah kita, atau ayah kita yang tanam
kita. Jangan rasa kita ni besar
sangat. Kalau tak ada ayah dan mak kita
yang lahirkan kita, dapat ke kita rasa nikmat-nikmat Allah atas muka bumi ni,
dapat ke kita jumpa kawan-kawan kita yang dah ramai sangat kita kenal sejak
tadika sampai hari ini. Alasan sebab
ayah kita seorang yang tak mampu, tak berduit, oleh kerana sebab itu saja kita
abaikan tanggungjawab kita sebagai anak duk sibuk tabur tanggungjawab dekat
luar sia-sia. Siap2lah pilih nak masuk pintu
neraka mana satu nanti.
Saya nak share, keluarga saya pun bukan keluarga berada
sangat tapi alhamdulillah rezeki Allah memang mencukupi. Kita kena yakin rezeki yang Allah nak beri
pada kita ni dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi. Kenapa yang sampai tak bersyukur. Allah minta kita bersyukur saja, ikut apa
Allah suruh tinggal Dia larang, that’s it.
Susah sangat nak buat. Masa saya
kecil lagi ayah saya seorang ahli perniagaan.
Semua maklum, bila sebut je ahli perniagaan, memang agak selesa
kehidupan keluarga kami masa tu tambah pula kami dua beradik je masa dulu. Setengah orang nampak hidup kami selesa, dan
ketika itu mak pula suri rumah. Pada saya,
kehidupan masa tu tak seronok. Sampai saya
darjah lima, setiap kali kami adik beradik ambil hadiah untuk hari anugerah di
sekolah, ayah tak pernah datang. Mesyuarat
PIBG pun ayah tak pernah datang.
Kami ke sekolah pada masa tu berjalan kaki 1 km untuk ke
sekolah, kira dekat lah pada kita yang besar ni. Masa darjah 1 kami pindah ke kampong. Jadi, tempat kerja ayah jauh sedikit. Ayah kena duduk menyewa. Dan ayah akan
balik ke rumah 1 atau 2 minggu sekali sahaja balik ke rumah. Siapa nak tengok untuk didik kami anak-anak
ni? Tapi syukur dikurniakan seorang mak,
yang bijak menjaga dan mendidik kami. Sampailah
ada satu keadaan yang membuatkan ayah terpaksa berhenti dari berniaga dan
decide nak duduk kampong. Orang ramai
cakap rugi berhenti berniaga, tapi bagi saya satu kelegaan. Baru saya kenal ayah saya seorang yang
penyayang, prihatin terhadap anak-anak. Kami
sekolah kadang-kadang ayah hantar naik motor.
Mesyuarat PIBG dan hari anugerah ayah hadir. Yang paling saya kagum dengan ayah saya, ayah tunggu saya exam masa saya UPSR dan PMR.
Memang dia tunggu sampai sejam lebih baru dia balik. Cuma time SPM saya kata dekat ayah tak perlu
nak tunggu sebab pengawas peperiksaan ramai.
Tapi dia tak balik terus, dia berborak dengan cikgu-cikgu dulu baru dia
balik.
Tahu ke ayah saya kerja kampong kerja apa? Penoreh getah. Syukur, jelas dan halal pekerjaannya da nada masa
untuk anak-anak dan isteri. Bayangkan kalau
ayah saya masih bekerja dalam bidang perniagaan, agak-agak sampai tak saya ke
Terengganu ni untuk sambung belajar? Perniagaan
ayah saya ni, bekerja dengan Cina. Saya tak
kata berniaga tak bagus, berniaga bagus, sunnah nabi. Tapi lihatlah pada keadaannya. Memang ayah kita banyak silap, tapi tutuplah
kelemahan ayah dengan kebajikan dan bakti dia yang banyak untuk kita
sekeluarga. Sama merenung dalam bulan
Ramadhan.

No comments:
Post a Comment