Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Semua
insan pasti ternanti-nanti hari bahagia untuk meraikan kejayaan diri setelah
berjaya menamatkan zaman belajar masing-masing, konvokesyen. Sama seperti aku, menunggu hari penuh
bahagia. Aku juga ingin meraikan kejayaanku
berjaya menamatkan Diploma dalam bidang Pengurusan Pejabat dan Teknologi. Walaupun terlajak satu semester.
Pelbagai
rintangan dan ujian, jatuh bangun ketika belajar yang harus aku lalui. Dengan rasa yang pelbagai, rasa kesal kenapa
tak buat yang terbaik, pernah terleka, pernah terlalai. Tapi akhirnya berjaya menamatkannya sehingga
selesai diploma.
Tiba
hari dinanti, aku tidak menghadirkan diri.
Tindakanku menimbulkan kemarahan dan kekecewaan beberapa pihak. Sebenarnya, ramai yang tidak memahami situasi
sebenar yang berlaku. Tetapi bila
difikirkan balik, biarlah mereka tidak tahu apakah sebab yang membuatkan aku
gagal menghadiri istiadat konvokesyen.
Aku juga
ingin meraikan kejayaan diriku sendiri, aku juga ingin berjumpa dengan
rakan-rakan, jumpa dengan pensyarah-pensyarah.
Everything was planned before. Apa
nak buat masa hari istiadat, nak jumpa kat mana, nak buat apa semuanya sudah
dirancang, tapi, kita hanya merancang, tuhan yang menentukannya.
Ku percaya,
ada hikmah disebalik semua ini, semoga menjawab persoalan kepada yang bertanya,
kemana Hafiz semasa berlangsungnya, istiadat konvokesyen UiTM baru-baru ini.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment