Tuesday, January 26, 2010

JEMPUTLAH KHUSYUK DALAM SOLATMU...


1. Kemahuan yang kuat (strong will), bak kata pepatah: “Di mana ada kemahuan, di situ adfa jalan.” Jadi, kita kena tanya diri sendiri dahulu sama adakita mahu mencapai khusyuk dalam solat atau sebalinya.
2. sebelum solat, sebaliknya dengarlah azan, jawab azan dan baca doa selepas azan.
3. Dianjurkan bersiwak sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w. sebelum setiap solat fardhu.
4. Berwuduklah secara sempurna.
5. Pakailah pakaian yang bersih.
6. Anggaplah ini solat yang terakhir.
7. Fahamilah maksud bacaan dalam solat.
8. Berhenti sejenak selepas bacaan setiap ayat.
9. Gunalah sutrah untuk menghadirkan khusyuk. Sutrah mampu mengehadkan pandangan mata, mengelakkan orang lalu di hadapan orang yang sedang bersolat dan menghalang usaha syaitan mengalihkan pandanganorang yang sedang solat.
10. Memandang tempat sujud.
11. Pelbagaikan surah yang dibaca dalam solat. Mengulangi surah yang sama akan menyebabkan solat menjadi rutin yang membosankan.



KUNCI KETAHANAN JIWA

1. Sabar:
· Dalam menghadapi kerenah kawan-kawan.
· Kekurangan belanja atau kewangan kerana kesempitan keluarga.
· Berjauhan daripada keluarga.
· Kletihan fizikal saban hari.
· Kongkongan disiplin dan undang-undang sekolah.
· Kesusahan yang berpunca dari alam sekitar seperti kedaifan keadaan di asrama, kesusahan perjalanan pergi dan balik dari sekolah seperti hujan lebat, panas terik, banjir dan sebagainya.

Cara menghayati sifat sabar:

· Baca sejarah pemimpin terkemuka dunia.
· Tolong adik-adik menyempurnakan kerja sekolah.
· Libatkan diri dengan kerja kemasyarakatan.
· Berlatih pengucapan awam (public speaking atau khitobah).
· Bela haiwan peliharaan di rumah dengnha cermat dan kasih sayang.
· Libatkan diri dengan aktiviti gotong-royong dalam masyarakat.
· Biasakan diri untuk lebih banyak mendengar daripada banyak bercakap.

2. Pemurah:

· Meluangkan masa untuk membantu ibu bapa dengan kerja-kerja di rumah.
· Membahagikan masa untuk adik-beradik, jiran tetangga dan sahabat handai.
· Menjamu makanan dan minuman kepada kawan-kawan jika ada kelebihan.
· Meringankan tulang.
· Membantu menggunakan tenaga dan buah fikiran.
· Meminjamkan buku atau peralatan sekolah kepada kawan-kawan yang memerlukan.
· Memberi kemudahan harta benda kepada orang yang memerlukan.
· Pemurah dengan senyuman. Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “senyum itu sedekah.”

Cara mendidik sifat pemurah:
· Bersedekah secara istiqamah walaupun 10 sen.
· Selalu bersedekah al-Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia terlebih dahulu.
· Turut serta solat jenazah apabila ada peluang.
· Suka belanja kawan makan.
· Hadiahkan rakan peralatan tulis jika ada berlebihan.
· Bergiatlah dalam aktiviti “Bimbingan Rakan Sebaya.”
· Selalu mengikuti aktiviti misi kemanusiaan seperti menziarahi perkampungan orang miskin, kawasan bencana alam dan sebagainya.
· Beri sumbangan pada peminta sedekahwalau apa pun keadaan. Jangan persoalkan apa yang peminta sedekah itu akan buat dengan wang yang disedekahkan.

3. Tidak putus asa:

· Tidak putus asa atas kesusahan yang menimpa diri kita dan keluarga. Ingatlah bahawa ada orang yang lebih susah daripada kita.
· Kepayahan dan kesusahan tidak akan berpanjangan atau berterusan. Ia akan berakhir.
· Kematian atau kesakitan adalah lumrah alam (sunatullah). Jangan dikesali.
· Kita hendaklah bekerja dengan lebih gigih untuk melupakan putus asa.
· Faham bahawa kegagalan sering bertandang.
· Jangan putus harapan kepada Tuhan. Tuhan tidak pernah menganiaya makhlukNya. Carilah tenaga dalaman yang kuat.
· Lihatlah bahawa ramai orang yang berjaya pada hari ini ialah orang yang pernah gagal pada suatu masa dahulu.

Cara mengelakkan diri daripada berputus asa:

· Kekalkan solat pada awal waktu.
· Berguru dengan guru yang alim.
· Ramailah berkawan dengan orang yang baik-baik. Tambah kawan baru setiap hari.
· Sms dan berhubung dengan kawan-kawan apabila berasa tertekan.
· Mengadu kepada kaunselor.
· Meminta pandangan orang lain apabila anda buntu.
· Tegur jiran sebelah rumah anda setiap hari.
· Elak berseorangan.
· Apabila ditegur musibah, jangan menangis, sebaliknya menjeritlah dengan kuat sambil menggenggam kedua-dua belah tangan dengan kuat dan mantap.




HIKMAH MANGSA BANJIR.

· Peluang menyaksikan kekuasaan Allah s.w.t.
· Banjir yang datang merupakan rahmat dan bukan bala daripada Allah s.w.t.
· Ramai orang lain yang ditimpa mala petaka yang lebih dahsyat.
· Bersyukur kerana kita masih lagi diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan.
· Merupakan penghapusan dosa yang pernah kita lakukan.
· Memberi kite masa untuk muhasabah diri.
· Berserah total kepada Allah dan berusaha dengan lebih gigih selepsa banjir.
· Peluang membantu orang yang memerlukan pertolongan.
· Peluang untuk berkenal mesra antara satu sama lain.
· Peluang untuk ramai orang membantu tenaga, wang ringgit dan harta benda.
· Merasai kesusahan umat Islam di negara lain yang ditimpa kemiskinan, peperangan, tsunami, gempa bumi, kebuluran dan tiada kediaman. Peluang untuk berjemaah, solat sunta dan Qiamullail.
· Berlatih untuk tidak mementingkan diri sendiri.
· Bertolak ansur dengan rakan.`

No comments:

Post a Comment