1. Disiplin:
· Disiplin ertinye “peraturan”.orang yang solat akan sentiasa mematuhi syarat, rukun dan sunat di dalam solat. Dia akan mendahului dan mengutamakan yang wajib dari yang sunat. Dengan itu, hidupnya akan teratur(terdisiplin). Solat juga mengatur agar kita sentiasa fokus dalam hidup(seperti kiblat dalam solat).
2. Kepatuhan:
· Solat mengajar kita tentang kepatuhan kepada Allah, kepada Rasul, kepada imam. Dalam solat jemaah, ada konsep kepatuhan yang jelas. Yakni tidak boleh mendahului iman dan tidak boleh terlalu tertinggal (dua rukun fi’li) daripada imam.
3. Kepimpinan & kepengikutan:
· Siapa yang jadi pemimpin, perlu prihatin dengan keadaan orang yang dipimpin. Tidak boleh memberatkan solat dengan memanjangkan bacaan (jika ada orang tua, sakit dan ibu-ibu). Teguran terhadap imam mesti bersopan dan beradab dengan bahasa yang paling baik, yakni kalimah “subhanallah”. Ertinya, menegur mesti dengan niat kerana Allah. Imam yang ditegur pula hendaklah segera membaiki kesalahan itu. Jika tidak, makmum boleh mufarakah.
4. Penyucian dan kebersihan:
· Untuk solat mesti membersih dari hadas kecil dan besar serta najis. Kita berwuduk dengan membasuh hujung-hujung anggota. Pakaian, tempat sujud mestilah bersih dan suci. Bila berwuduk, dosa kecil diampunkan. Hati kita mesti bersih daripada selain Allah.
5. Penjagaan dan ketepatan masa:
· Sentiasa mengawasi masuknya waktu. Tidak boleh lalai, hingga terluput waktu. Ada lima waktu solatyang dengan menjaganya akan terjagalah masa kita daripada perbuatan yang sia-sia.
6. Kerjasama kumpulan dan perpaduan:
· Gerak serentak semasa menjadi makmum. Saf yang lurus, rapat antara bahu dan tumit adalah lambang perpaduan. Allah akan menyatukan orang yang benar-benar sembahyang.
7. Mengawal diri:
· Orang yang solat sentiasa mengawal hati, pemkiran, perasaan dan anggotanya agar tidak membuat kerja selain yang menjadi rukun qauli, qalbi, dan fi’li. Jika ia membuat gerakan besar tiga kali berturut, maka solatnya boleh terbatal. Jika fikiran dan hatinya melayang maka ingatan, hubungan, dan munajatnya dengan Allah akan terganggu. Jadi ia akan terus berusaha untu mengawal diri dalam solat dan di luar solatnya.
TIP UNTUK KHUSYUK
· Sedar bukan sekadar tahu kita sedang berdepan dengan Allah.
· Fahami makna bacaan al-Quran.
· Fahami makna zikir dan selawat.
· Memanjangkan masa untuk rukuk dan sujud.
· Tidak “bermain-main” dengan anggota badan ataupun meliarkan mata.
· Memandang ke tempat sujud.
· Jauhkan diri daripada perkara / alat / suasana yang boleh mengusik / menarik perhatian.
TIP MENOLAK GANGGUAN DALAM SOLAT
Tolak sebab yang datang dari luar:
Sebab-sebab yang datang dari luar ialah yang datang melalui pendengaran dan penglihatan kita. Jauhilah daripada bunyi-bunyi, lukisan atau suara-suara yang boleh mengacau tumpuan hati dan fikiran. Perlu diingat bahawa mata dan telinga boleh mempengaruhi hati. Caranya ialah dengan fokus mata hanya ke tempat sujud, cahaya dikurangkan, jangan ada gambar, ukiran dan warna warni pada sejadah.
Tolak sebab yang datang dari dalam
Paksa diri ikut makna perkataan satu persatu. Bertenang sebentar sebelum takbir pertama (memperbaharui ingatan kepada Allah dan hari Akhirat). Buang punca-punca yang boleh mengganggu ingatan dengan cara mengunci pintu rumah, tutup api dapur, silentkan telefon bimbit dan lain-lain.
PERSIAPAN RAMADHAN
· Lakukan warm-up dengan berpuasa setiap Isnin dan Khamis.
· Mulakan membaca al-Quran setiap hari dan tambahkan jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelum ini.
· Luangkan masa mendengar bacaan al-Quran.
· Latih diri tidur awal, seolah-olah anda sedang berada dalam bulan Ramadan. Bukan itu sahaja, ikhtiarkan bangun awal dengan solat sunat dan bacaan al-Quran.
· Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
· Introspeksi diri anda setiap hari sebelum tidur. Mintalah keampunan Allah atas setiap dosa yang dilakukan dan mohon Allah beri kekuatan untuk kekalkan kebaikan yang telah dilakukan.
· Berilah peluang kepada diri anda bersendirian supaya anda dapat meluangkan masa mengingati Allah dengan berzikir.
· Bagi mereka yang mampu mengerjakan umrah dalam bulan Ramadan amatlah digalakkan kerana berdasarkan sabda Rasullullah s.a.w., umrah yang dikerjakan dalam bulan Ramadan sama seperti mengerjakan haji.
· Mulakan amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.
· Luangkan masa solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha dan Qiamullail.
· Tambahkan ilmu yang anda sangat perlukan semasa Ramadan. Jangan sekali-kali menyangka bahawa anda tahu segala-galanya tentang bulan yang dinanti-nanti hamba Allah yang soleh ini. Hasil bacaan juga boleh meningkatkan rasa ghairah anda menyambut Ramadan dan beribadah semahunya.
· Bantulah orang lain yang memerlukan dengan ilmu, kudrat dan kebolehan yang ada.
· Dekati orang-orang yang berilmu, orang-orang soleh dan sebagainya supaya anda dapat belajar lebih daripada mereka.
· Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja di sekitar anda dan berbincanglah tentang Ramadan yang bakal tiba, harapan, persiapan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment