Wednesday, November 30, 2011

Suasana...oh...suasana...

Salah satu ciri orang yang beriman dan bertakwa ialah sentiasa tenang, seronok tentang kehidupan yang dijalani. Satu hari insya-Allah saya nak sentuh tentang kelab 95% dan kelab 5%. Jangan biarkan suasana mengubah kita. Biar kita mengubah suasana.

Saya tak pandai nak terangkan tapi saya cuba insya-Allah. Kita jangan hidup luar ke dalam. Hiduplah dalam ke luar. Maksud saya, dunia dalaman kitalah yang menentukan dunia luaran kita. Kalau kita fikir baik, jadinya baik. Kalau fikir tak baik jadinya tak baik. Sebagai contoh, seorang anak dimarahi oleh ayahnya bersebab seperti bilik bersepah. Apabila dimarahi, anak tersebut ada dua tindakan, satu agresif, satu lagi responsif kalau tak silap. Kalau silap sila tegur ya. Kalau anak agresif, dia akan lawan balik kata ayahnya dengan memberi macam-macam alasan. Kalau anak tersebut responsif, dia akan ambil tanggungjawab, dia akan terdetik dalam hati “Oh ayah marah bilik bersepah ni, saya mesti bertanggungjawab, kalau tak sepah, tak ada ayah nak marah saya, ayah marah tentu bersebab”. Sekarang pilih hidup kita, nak jadi responsif atau agresif. Kalau anak responsif, dia tak akan ada perasaan ego atau marah kerana kena marah, malah bersyukur dan seronok, setiap yang berlaku Allah yang izinkan, dan Allah yang nak suruh kita berkemas, melalui ayah memarahinya.

Banyak orang ada yang sedih, tak tenang, tak seronok. Kenapa macam tu? Kerana dalam diri mereka tiada akaun kasih sayang, kebahagiaan. Kalau dalam diri pun tiada kasih sayang, macam mana nak bagi kasih sayang pada orang? Kalau kita tak ada duit, macam mana nak belanja kawan-kawan? Nak bahagia, kita kena bahagiakan diri dulu. Sentiasa beri orang sekeliling seronok dan seronok tentang diri mereka. Saya selalu tanya diri saya, "eh aku tak happy ni sebab apa? Aku tak senyum ke? Kalau aku kena marah, aku tak boleh terima ke? Aku tak boleh macam ni, tak nak tacing2. Kena rasa happy. Macam mana nak happy? Beri senyuman."

Subhanallah, saya seru diri saya juga lah ya. Kadang-kadang bila berkumpul dengan kawan-kawan biasalah, ada yang suka memerli kita. Tetapi kita sebagai insan, nak berjaya kena bertindak yang mana baik. Janganlah kita berperangai seperti binatang, contohnya kucing. Kita pijak ekor, dia marah balik bukan? Jadilah manusia. Nak kupas panjang ni tapi saya ringkaskan saja. Sebab ramai antara umur-umur seperti saya ni kadang-kadang terlepas pandang ikutkan hati. Sebab tu nak buat apa-apa fikir dahulu. Reda Allah? Penghargaan manusia? Penghargaan manusia ni seperti kalau kita kena marah atau perli, kita marah balik nak tunjuk dekat manusia kita hebat, kita besar sebab tunjukkan marah kita. Sapa kita nak marah orang ni? Kita ni hamba biasa saja, kecik sangat, amalan pun sikit. Solat pun belum tentu diterima. Nauzubillah min zalik. Minta jauhkan. Saya seru diri saya sama lah.

Pokok pangkalnya apa pun nak buat mesti reda Allah. Allah tak reda hidup kita, sia-sialah hidup atas muka bumi ni nak seronok-seronok saja subhanallah. Amalan kita sudahlah sedikit. Bekalan nak bawa ke akhirat nanti sikit sangat. Macam kita pergi rumah mak sedara, bawa baju yang kita sedang pakai sahaja, tiba-tiba mak sedara kita kata, “awak tak boleh balik, kena tinggal dekat sini selama-lamanya”. Kita tak bawa bekalan baju banyak. Macam tu lah persamaan yang dapat saya coretkan yang saya dengar dari Prof Muhaya. Kita tak tahu mana satu amalan kita ni diterima Allah. Allah terima atau tidak kita tak tahu. Takut sangat. Sama renungkan.

No comments:

Post a Comment