Saturday, December 3, 2011

Kelab 95% dan Kelab 5%

Saya nak klasifikasikan kumpulan manusia ikut dua kelab. Kelab 95% belah kiri; tak ada ilmu, tak yakin, penuh takut, penuh risau, sakit, miskin. Kelab 5% belah kanan; berilmu, yakin dengan Allah, bergembira, murah hati, sihat, kaya. Nak belah mana? Belah kanan kan? Sbb nak ilmu kan?

Sebab apa sedikit yang positif ni? Sebab kebanyakan manusia sering tersalah buat pilihan. Sama saya lah juga. Kalau kita hidup bergantung dengan Allah, kita tak perlukan manusia untuk bahagia. Kalau bergantung pada Allah, kita akan mengetahui makna kehidupan sehari-hari. Lepas ni kepada sesiapa yang ada sifat-sifat belah kiri, kelab 95% ingat-ingatlah, macam saya, saya teringat macam ni. Kalau saya ada salah satu ciri kelab 95% ni, saya sahih tergolong dalam golongan yang tak berjaya, dan yang paling lambat masuk syurga. Nauzubillah ya. Jadi, mari renung diri kita.

Nak ubah diri bukan hari ni ubah, 100% boleh jadi baik. Mustahil. Ramai yang cakap susah nak ubah diri. Bila kata susah, agak-agak tergolong dalam belah mana? Ada orang cerita masalah pada kaunselor. Kaunselor bagi jalan cara nak selesai. Suka diingatkan, kaunselor atau listener boleh bagi jalan sahaja. Bukan penyelesaian. Saya pun nak seru juga sapa-sapa yang selalu menjadi pendengar masalah orang. Bila dengar masalah, terus fokus pada solusi. Bukan nak tahu cerita dari A sampai Z. Menambahkan beban orang yang ada masalah ya. Jangan jadi macam tu. Biarlah kita dengar, niat nak tolong, beri manfaat pada orang. Masalah hanya kita yang boleh selesaikan. Kalau mula-mula dah kata susah, nampak sangat keyakinan dalam diri ni lemah. Bila keyakinan lemah, bermakna Iman kita lemah. Mulalah kata diri ni kurang beriman. Kita ni sentiasa nak berusaha kearah reda Allah, tingkatkan Iman, dan cari husnul khatimah. Tapi awal-awal dah kata “Iman saya memang lemah” seolah-olah kita tak nak berusaha meningkatkan Iman kita. Mulalah dengan tulis satu kad atau atas sekeping kertas tampal di cermin dalam bilik. Pagi-pagi baca dan ubah sikit-sikit. Selepas buat 21 hari atau 30 hari insya-Allah akan jadi satu tabiat.

Lepas ni nak kata apa? Katalah semuanya mudah kerana Allah beri yang terbaik buat kita. Banyaklah mencari makna dalam kehidupan. Bangun pagi mari cari jurnal kesyukuran. At least, senaraikan 3 perkara yang kita bersyukur tiap hari selepas bangun tidur dan ketika hendak tidur. Lihat perubahan hidup kita selepas seminggu. Hari-hari buat pilihan raya. Tanya diri nak undi yang mana hari ni? Iman ke nafsu? Dosa ke pahala? Allah suka ke Allah murka?

Minta maaf kalau ada yang terasa hati dengan saya. Kadang-kadang orang marah juga, benda macam tak logik. Orang yang jenis ni, dia bergantung pada logistik semata-mata. Tak bergantung pada hidayah dan izin Allah. Saya nak susun entri dah la tak pandai. Diri ni tak baik nak ubah orang pula. Minta maaf sangat-sangat. Tekankan diri dengan agama. Kalau dulu dengar lagu banyak, sekarang ubah pula nak dengar motivasi atau ceramah banyak nak tambah ilmu agama. Sebab kita ni sehari selangkah ke mana? Maut kan? Kubur kan? Akhirat kan? Biarlah maksimumkan kebaikan. Kita ni dah la banyak ngumpat orang, banyak dosa, tak tahu amalan mana yang bantu kita dalam kubur nanti. Solat-solat dan amal jariah kita diterima banyak ke tidak. Kalau diterima, banyak mana pula? Cukup ke untuk bekalan akhirat? Kalau sedikit, macam mana kita di akhirat esok-esok. Moga bermanfaat untuk kita semua.

No comments:

Post a Comment