Hari ini seperti yang dijanjikan, kita nak ketahui bagaimana hendak mencapai matlamat. Boleh dikaitkan dengan tajuk sebelum ini iaitu mengelakkan sifat malas. Dengan membuat ‘Gold Card’.
Mula-mula sekali kita kena mempunyai vision iaitu matlamat. Kenalpasti apa matlamat kita. Kemudian kita kena pula mempunyai tujuan untuk matlamat yang kita sasarkan. Tujuan yang kita buat mestilah bergantung dengan reda Allah dan bukan penghargaan manusia. Dan yang ketiga ialah kena ada gold card. Kita mesti tulis gold card kita. Dalam gold card tersebut, tulis apa yang kita nak (matlamat kita).
Lepas tulis matlamat yang kita kehendaki, kalau boleh liminate kan. Setiap malam sebelum tidur, baca vision kita yang tercatat itu. Bayangkan matlamat kita itu. Kerana bayangan mampu mengubah fisiologi kita. Kerana minda di bawah sedar kita menarik vibration dan sel-sel dalam badan kita kearah vision kita subhanallah. Bangun pagi keesokan harinya, baca lagi sekali gold card kita. Bayangkan lagi sekali, secara tidak langsung menarik vibration kita kearah matlamat kita.
Amalkanlah selama 21 hari atau 30 hari. Kerana saintis barat berpendapat, perkara yang berulang-ulang yang kita lakukan akan menjadi satu tabiat. Saya sedang mencuba. Anda bila lagi? Saya mengesyorkan, kita semua tulis dalam gold card kita perkara yang perlu kita lakukan setiap hari. 5 ‘s’. Iaitu, senyum, sapa, salam (beri salam), sopan dan santun. Sopan merupakan perkataan. Santun ni bahasa badan kalau tak silap. Kalau salah tolong tegur2 ye. Jadi, selamat mencuba, moga maju jaya.
MURABBI MUDA....:)
ReplyDeletesyukran akh
ReplyDelete