Saya merasa amat
terkilan dengan manusia yang tidak meletakkan Allah dan meragukan kewujudan
Allah. Sejujurnya saya memang tujukan
suara saya ini kepada beberapa individu, di mana saya khuatiri aqidahnya telah
rosak. Saya manusia biasa, tak layak
menghukum seseorang. Tapi saya harap
individu-individu ini akan terbuka mindanya, terbuka hatinya dan diberikan
hidayah serta taufik dari Allah.
Sama-sama kita doakan.
Saya terbaca sebuah
iklan, di mana iklan tersebut, menawarkan sebuah batu, yang saiznya kecil dari
duit syiling sepuluh sen dengan harga, RM160.
Batu ini dikatakan, mampu mengawal atau mengawasi rumah daripada dipecah
masuk dan mampu memberikan seseorang yang memiliki batu ini, kuat
tenaganya. Dan banyak lagi kelebihan
yang ada saya tak nak sebutkan di sini takut ada yang percaya pada batu
ini. Saya tak nak judge sesiapa, tapi
saya harap, individu ini baca entri saya ni.
Bagi saya, secara
jujurnya, ini adalah perkara yang boleh merosakkan Iman dan Aqidah seseorang
muslim. Batu ini boleh saya kategorikan
sebagai tangkal. Memang dalam iklan tu
dia cakap dengan izin Allah, tetapi tetap melalui batu itu. Katanya batu itu tidak disihir, namun entah
lah saya pun naik gila nak terang macam mana.
Adakah kita nak letakkan perantaraan kita dengan Allah. Bukankah kita sama sahaja dengan penganut
agama lain yang menggunakan kuil dan gereja?
Ingat baik-baik.
Apabila kita meletakkan
sesuatu kepercayaan, dan kebergantungan kepada sesuatu yang bukan atau selain
dari Allah, maknanya kita tidak percaya akan kewujudan Allah. Sedangkan Allah yang menggenggam langit dan
bumi serta seluruh isinya. Kenapa kita
tidak mampu meletakkan kepercayaan pada Allah azza wajalla. Cuba lihat diri kita sahaja, bagaimana Allah
mengawal dan mengatur sistem darah yang mengalir dalam badan kita, dan di dalam
darah itu pula adanya oksigen. Sistem
pencernaan dalam badan, siapa yang mengaturkannya? Mampukah kita untuk mengatur aliran darah dan
proses pencernaan dengan sendiri? Adakah
sesuatu yang kita beli, untuk membuat pencernaan dalam badan? Kenapa tak yakin dengan Allah? Yang mengawal
kita setiap masa, yang melindungi kita setiap masa?
Adakah kita ni nak
percaya pada batu yang entah dari mana asal usulnya untuk mengawasi kita dan
buat kita jadi kuat? Kenapa kita tak
mohon pelindungan dari Allah? Nabi kita
tengok kita ni menangis, kecewa, sedih dengan kita. Mana ada dalam Al-Quran kata benda ni
mengawal hidup kita, menyelamatkan kita, melindungi kita.
Saya masih ingat, dalam
silibus subjek Pendidikan Islam Tingkatan 5 kalau tak silap, kalau silap,
tolong betulkan, kita diajar tentang jenis-jenis syirik. Pendidikan Islam di sekolah menengah bukan
kita pelajari untuk menduduki peperiksaan SPM, bukan sekadar untuk lulus
peperiksaan. Ia juga sebagai nak lulus
jadi mukmin. Yang kita nak guna masa akan
datang ni sampai kita bertemu Ilahi.
Saya minta sangat
sesiapa yang terlibat dalam aktiviti, tak kisahlah yang tolong sebarkan ke,
yang tolong bawakan ke, yang tolong sampaikan ke, silalah bertaubat. Dosa kita yang lain banyak lagi kenapa kita
nak tambah dosa lagi ni? Tahu tak syirik
ni dosa besar, boleh terkeluar agama.
Tolong fikirkan apa yang saya katakan ni, saya sayang semuanya, kita
dosa lain banyak lagi. Pergilah
bertaubat, belajar ilmu agama, gunalah akal sebelum buat sesuatu. Berguru, cari guru, tambahkan ilmu. Jangan percayakan Allah, di mulut kata kenal
Allah, kenal Allah semata-mata solat, puasa, bersedekah itu belum tentu kita
kenal Allah, itu saja tak cukup.
Belajarlah kenal Allah. Semoga
kita terhindar dari murtad, nauzubillah min zalik..
Wasalam

No comments:
Post a Comment