Tuesday, January 21, 2014

Diri Kita pun Ada Pilihanraya ke?



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang saya janjikan sebelum ni, saya ingin berkongsi tentang 5 pilihanraya diri yang boleh kita praktikkan dalam hidup kita untuk guide diri kita hanya cari redha Allah, elak penghargaan manusia.  Nanti mesti ramai bosan dengar cari redha Allah, elak penghargaan manusia, sebenarnya saya suka nak tekankan di sini di mana kita hanya hidup bermatlamatkan nak cari redha Allah, berkat Allah sahaja.  Kita bersyukur kita tak perlu berdoa untuk mendapatkan udara, Allah dah beri dah kita udara dan cahaya matahari, tak perlu kita minta Allah dah beri siap-siap.  Kalau kita nak harapkan syurga Allah semata-mata, seumpama kita hidup bukan untuk Allah, tetapi untuk syurga.  Cita-cita nak masuk syurga perlu ada juga, saya tak kata tak nak masuk syurga tapi itu perkara nombor dua.  Perkara pertama kenalah cari redha Allah, biar Allah berkati hidup kita.

Panjang lebar pulak membebel ye.  Saya nak teruskan dengan 5 pilihanraya diri yang saya nak share harini, iaitu Iman atau Nafsu, Dosa atau Pahala, Taat atau Maksiat, Syurga atau Neraka dan Allah redha atau Allah murka.  Jom sama-sama dapat pencerahannya.

Pertama, Iman atau Nafsu, saya ringkaskan je ye saya tak pandai nak create ayat bagi orang faham, saya kena jujur dengan tahap diri saya, ilmu saya.  Setiap apa yang kita lakukan sejak bangun pagi, kita kena set, atau pilih sama ada ianya adalah dalam kategori Iman atau nafsu.  Contoh, ada satu situasi di mana rakan kita mengajak kita untuk menyertai Konsert atau karnival dalam kampus, dalam masa yang sama, ada rakan kita yang sorang lagi ni ajak untuk pergi ceramah.  Di sinilah peranan pilihanraya yang kita kena tentukan.  Tak salah berhibur dalam Islam, sebab berhibur adalah salah satu daripada lima fitrah manusia.  Nanti kalau panjang umur saya masuk pula tentang fitrah manusia In Shaa Allah.

Kedua, Dosa atau Pahala.  Di sinilah peranan hati kita bertindak.  Kalau Aqidah kita kuat, In Shaa Allah, kita bijak memilih atau kata lain, mengundi dengan pilihan yang bijak.  Macam saya kata, pilihanraya ni, bermula sejak kita bangun awal pagi lagi.  Semoga kita bijak memilih.  Soallah diri kita, “”Eh kalau saya buat ni, agak-agak berdosa tak ataupun saya dapat pahala?”

Ketiga, Taat atau Maksiat.  Jihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu sendiri.  Saya tak pandai nak berhujah soal ni, kalau nak details, boleh lah rujuk dengan ustaz dan kalau quot saya tadi salah, tolong betulkan.  Jadikan, sebelum buat sesuatu, tentukan sama ada kalau kita buat benda tu, itu tanda kita taat atau kita ke arah melakukan maksiat.  Semoga kita ni sentiasa bertaubat, Allah paling suka orang yang berdosa dan sentiasa bertaubat daripada orang yang rasa diri dia bagus, tak pernah buat dosa.  Sedarlah, anggota kita harini, saya menyeru diri saya sama, anggota badan yang sihat ni kalau kita bawa pergi buat perkara maksiat, nak puaskan nafsu, tolonglah hentikan.  Rezeki kita Allah pegang, kesihatan kita Allah pegang, kewangan kita dan keselamatan kita pun Allah pegang.  Jadi kalau kenderaan yang kita miliki harini digunakan untuk pergi buat maksiat, alangkah ruginya.  Kadang-kadang guna media elektronik dan internet juga boleh buat maksiat menggunakan tangan yang taip nak search apa, kaki nak melangkah pergi ke komputer, dan mata yang membaca.  Yakinlah Allah bukan sahaja Maha Melihat tetapi Allah juga maha mengetahui apa isi hati dan niat kita.  Hari ini memang kita lepas, esok lusa belum tentu.  Di dunia memang kita lepas, akhirat tetap menanti.  Walau macam manapun, kita akan masuk liang lahad juga.  Saya ada dapat nasihat dari seorang pemuda umur 24 dah tahun ni, kata-kata ni simple dan gerun nak dengar.  Saya pernah tanya dia, macam mana nak elak diri dari buat maksiat, dia kata senang je, ingat mati, ingat kubur, ingat malaikat maut, ingat haiwan-haiwan yang akan makan jasad kita ni. Tu saja kena ingat.

Keempat, Allah redha atau Allah murka.  Kita ni biarlah bangun pagi dah set nak dapat apa, nak buat apa, nak akhirkan hari kita macam mana.  Design dah harini.  Sebab tu saya kata, setiap pagi, “Harini nak jadi baik dari semalam, nak bagi manafaat pada orang sebanyak mungkin, nak masuk zon Allah” dan bila saya tak dapat reach goals saya ni, sebelum tidur pula saya akan muhasabah balik, sampai tak goals saya.  Kadang-kadang susah juga ya, Iman saya tak kuat sangat.  Kadang hari tu, banyak mulut saya ni sakitkan hati manusia, terasa.  Sama-samalah kita audit ya apa kita buat ni Allah redha ke murka.  Setiap saat ni, Allah redha tak kita guna sebab apa kita buat setiap saat ni lah akan dinilai.

Dan terakhir sekali, tentulah kena pilih Syurga atau Neraka.  Kita audit balik apa amal kita buat hari ni, masa kita, pergaulan kita, post mortem balik agak-agak aku ni mati esok-esok masuk syurga ke masuk neraka.  Saya pelik bila seseorang bila kecewa dengan manusia, berani sungguh cakap nak mati, nak mati, nak mati.  Sedangkan saya sendiri takut, amal tak banyak.  Banyak duit sikit je nak balik ke akhirat nanti.  Macam mana nak survive.  Saya ada dengar dari Prof Muhaya beliau cakap, kita kat dunia ni jambatan akhirat kan, so nak balik akhirat kena ada bekalan, sama macam kita pergi rumah makcik kita, bila dah lama duduk, makcik kita kata, “Eh Hafiz tidur sini jelah.”  Saya pun jawab, “Eh macam mana, saya tak bawa bekal baju pun, sehelai je ada yang saya pakai ni”.  Macam tulah perumpamaannya.

Jadi, kita hidup ni biarlah tahu matlamat kita nak pergi mana.  Apa kita buat di saat-saat ni, akan dihitung, apa kita baca, apa kita dengar dan dengan siapa kita berkawan.  Rasanya tak perlu saya mention pepatah Arab tentang dengan siapa kita berkawan.  Rasanya dah jelas.  Saya minta maaf kalau entri saya kali ni ada menyentuh hati seseorang, saya harap kalau ada yang silap, salah ke mohon bagi respon dan saya amat suka menerima teguran.  Sebab takut ilmu yang saya share ni tak betul.  Boleh jadi bida’ah pula.  Kepada yang tua dari saya minta maaf, kepada yang muda dari saya, minta maaf kalau terasa kat mana-mana, kepada ustaz ustazah serta guru, minta maaf kalau entri saya ni bajet bagus nak tunjuk pandai lebih dari guru saya minta maaf.  Semoga kita sama-sama gunakan medium blog ini untuk berkongsi ilmu dan dakwah, semoga menjadi pencen kubur untuk kita.

Allah lebih mengetahui, wasalam..

No comments:

Post a Comment