Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur alhamdulillah kita masih bernafas hari ini dan
alhamdulillah kita sampai ke hari dan saat ini, di mana kita telah masuk dalam
zon Maulidurrasul. Semoga kita telah
meningkat rasa cinta dan sayang terhadap junjungan besar kita nabi Muhammad
s.a.w.
Tahun ni saya tak berkesempatan untuk menyambut maulud
nabi kita disebabkan terdapat beberapa kesulitan dan terasa sangat rindu untuk
berarak beramai-ramai sambil berselawat dengan penuh bersemangat. Tahniah kepada yang meluangkan masa untuk
mengikuti perarakan di institusi-institusi pengajian tinggi mahupun peringkat
komuniti setempat. Semoga nabi kita
gembira terhadap kita yang bergelar ikhwan nabi. Kita patut rasa bersyukur juga kerana
walaupun kita tak sempat untuk hidup bersama nabi, nabi tetap rindukan kita
padahal kita tak pernah ada rasa rindu terhadap orang yang kita tak pernah
jumpa kan.
Kepada yang tanya, terutama kawan lama, kenapa saya tak
buat video lagi. Saya tak tahu nak jawab
macam mana soalan ni. Sebab saya kena
jujur dengan diri saya, saya hanya akan share pada orang apa saya amal. Sebelum ni entri saya pun ada perkara yang
saya tak amalkan saya share, saya rasa tak adil. Dan apa yang saya lakukan selama ni tak sama
dengan apa yang saya lalui sekarang. Secara
jujurnya saya sudah tidak bergiat aktif dalam share ilmu sebab saya sentiasa
melakukan dosa dan tak amalkan apa yang saya share. Saya tak nak orang nampak saya baik dan
berilmu padahal saya macam tin kosong. Saya
pernah dipesan oleh salah seorang pencetus inspirasi terkenal, bukan dipesan
malah ditegur supaya saya mengubah diri saya dahulu baru saya boleh merubah
orang lain. In Shaa Allah saya akan
share secara umum dan saya akan lebih banyak mencari ilmu dahulu sebelum saya
mengamalkan dan share pada orang. Saya juga
terdengar satu hadis sahih saya tak ingat ayatnya macam mana sebab masa tu
dengar radio Ikim.fm ada ustaz dalam radio tersebut cakap tentang orang yang
hanya pandai bercakap tapi tak amalkan, terus tersentak hati saya dan saya rasa
saya telah menipu ramai orang.
Untuk yang akan datang in shaa Allah saya nak cakap tentang
5 pilihan raya diri yang saya amalkan tapi macam chipsmore kejap amal kejap tak
sebab saya kalah dengan nafsu saya sendiri.
Dan kita tahu jihad yang paling besar adalah melawan nafsu kita
sendiri. In shaa Allah lepas ni kita
akan fokus pada nilai yang kita dapat melalui kehidupan seharian kita.
Maaf kalau selama saya menulis ni dari mula sampailah ke
entri yang ini, ada menyinggung perasaan kalian yang membaca dan kalau rasa
saya macam bajet bagus ya, kepada orang yang berilmu dari saya, minta maaf
banyak-banyak kalau penulisan saya nampak nampak tunjuk pandai, kepada orang
yang lebih umur dari saya, yang banyak amal dari saya, dan juga kepada orang
yang kurang umur dari saya yang kurang dosanya dari saya, minta maaf
banyak-banyak.. semoga kita sentiasa berusaha menjadi duta Islam. Salam..

No comments:
Post a Comment