Semalam,
2 Disember 2015, saya masuk pejabat lambat sedikit kerana uruskan beberapa
urusan di luar.
Saya
keluar rumah jam 7.30 pagi, untuk mengambil lesen L, motosikal saya yang telah
siap minggu lepas. Tetapi, pejabat lesen
tu belum buka, jadi saya terus pergi pejabat pos untuk pos borang permohonan
yang telah lengkap diisi last minute. Aduh
aduh aduh. Saya sampai di pejabat pos,
jam 7.45 pagi, wah sudah ramai pakcik makcik tunggu depan pintu pejabat pos,
rupa-rupanya pejabat pos buka jam 8.30 tau.
Saya pun join sekali dorang beratur, depan pintu tu. Saya suka memerhati sekeliling, semasa saya
berdiri beratur tu, saya tak akan main telefon, bukan tabiat saya, saya akan
baca setiap apa yang tertulis di pintu pejabat pos tu. Segala iklan yang ditampal, saya akan dapat
banyak maklumat. Semalam saya dapat info
baru, kita boleh renew lesen kita, buat sekali insuran untuk pemandu dan
penumpang.
Selesai
urusan di pejabat pos, saya terus ke Tabung Haji (TaHa), meredah hujan lebat
pagi semalam. Pergi TaHa, untuk buat
buku akaun yang baru, sebab buku akaun lama tidak langsung meninggalkan
jejaknya. Seronok dapat berborak dengan
layanan mesra bersama orang di kaunter tu, cerita-cerita anaknya UiTM Dungun
juga dulu. Sambil menyelam, sambil minum
air, jadi saya tanya dekat puan tu, macam mana nak apply kerja di Tabung Haji
hehehe…
Settle,
pergi sarapan kejap dan baru pergi ambil lesen L saya tadi. Aduh cari kunci motor tak jumpa, rupa-rupanya
jatuh dekat atas lantai.. Adeh.. Semua
urusan saya 98% selesai. Alhamdulillah
sebab saya dah bayangkan sebelum saya tidur, supaya hari ini berjalan dengan lancer
dan Allah izinkan walaupun menempuh hujan lebat. Niat saya setiap hari, nak cari aktiviti yang
boleh bahagiakan orang lain supaya bila orang tu bahagia, saya dapat
pahala. Macam kita, kalau baik dengan
anak seseorang, mesti maknya sayang kita kan?
Begitu juga Allah dengan kita.
Saya dapat dua, dapat silturahim, dan juga dapat kasih sayang Allah in
Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment