Saat tibanya ujian pada diri kita,
perkara pertama yang kita perlu jaga, sangkaan kita terhadap peristiwa yang
berlaku. Sama ada kita menganggap kita
jadi mangsa, atau kita menjadi perhatian Allah saat itu. Masa ni lah kita mesti memelihara hati dan
pemikiran kita terhadap pemberian Allah ini.
Ujian tanda prihatinnya Allah untuk
menguji keimanan, dan ketaqwaan kita terhadap Allah. Diujinya kebergantungan kita sama ada dengan
Allah atau dengan makhlukNya yang tak punya apa.
Namun, kita harus memanjatkan rasa
syukur, kerana dalam banyak-banyak hamba, kita dipilih Allah untuk diuji dan
diberi perhatian lebih. Sedangkan yang
lain, dibiarkan lalai terlupa. Andai
kita berjaya membulatkan hati kita kepada Allah, pasti akan mendapat rahmat-Nya
in Shaa Allah.
Saya banyak mendengar dari ramai ilmuwan
di luar sana, apabila datangnya ujian, ia bermakna Allah merindukan suara kita
merintih merayu pada Allah. Perkara penting
ialah kita sentiasa bersyukur kepada Allah.
In Shaa Allah, saya akan cuba sedaya
upaya saya untuk meningkatkan iman saya agar lebih dekat dengan-Nya. Saya juga harus muhasabah diri saya atas
kehilangan motosikal saya yang saya bergantung harap selama ni. Saya perlu bertaubat atas dosa-dosa saya,
lebih bermuhasabah diri. Harap pembaca
dapat doakan saya. Jujurnya, sukar nak
capai tahap redha itu, rentetan dari diri ini yang sering melakukan maksiat dan
belum bertaubat atas dosa-dosa lalu.

No comments:
Post a Comment