Sebelum
ni kawan saya, minta saya untuk terangkan apa maksud status facebook saya. Saya pernah tulis “Dunia melayan kita seperti
mana kita mengajar dunia cara untuk melayan kita”. Saya dapat ayat ni dari seorang pencetus
inspirasi terkenal.
Sekarang saya akan terangkan. Semuanya berkaitan dengan imej diri kita
sebenarnya. Imej diri ni ialah kita
punya persepsi atau tanggapan kita terhadap diri kita, tentang siapa diri
kita. Sebab tu kita kena sentiasa cakap
yang baik-baik pada diri kita, anggap yang baik-baik terhadap diri kita. Allah pun berfirman, “Aku seperti sangkaan
hambaku”.
Cara dunia melayan kita, berdasarkan
apa yang kita pamerkan atau tunjukkan pada dunia. Perkataan “dunia” merujuk kepada semua yang
berada dipersekitaran kita. Perkataan “mengajar”
pula merujuk kepada cara kita memperlihatkan diri kita pada persekitaran kita
tak kisah la dari segi apa. Lebih kepada
bagaimana kita bertindak sebenarnya.
Malah, perkataan “melayan” pula merujuk pada respon atau feedback yang
kita dapat. Rumit lah pula nak
terangkan. Tapi saya berdoa, orang yang
baca ni, semua diberikan kelapangan hati dan minda untuk memahami apa yang saya
cuba sampaikan. Dan apa yang saya tulis,
biar orang faham sebab niat nak beri manfaat.
Untuk lebih kefahaman, saya bagi
contoh. Seekor kucing yang tak pernah
berkunjung ke rumah kita, datang masuk ke rumah kita dan kita beri dia makan. Maka, mesej yang kucing tu dapat ialah, dia
boleh datang lagi ke rumah kita untuk makan.
Situasi ni, kita memperlihatkan (mengajar) kepada kucing tersebut,
bahawa dia boleh datang ke rumah kita untuk makan. Feedback bagi kucing tersebut, dia boleh
makan di rumah kita.
Contoh situasi lain, kawan kita
bergurau dengan kita. Kalau kita ni hati
tisu, bak kata orang, yang kuat sentap, kita memperlihatkan (mengajar)
sekeliling kita ni bahawa kita tak selesa dengan situasi bergurau itu. Maka, tindakan kawan kita tidak lagi bergurau
dengan kita itu, itulah layanan yang dia respon atas tindakan yang kita buat.
Maka, kita hendaklah menjaga imej diri
kita. Bagaimana kita respon, bagaimana
kita bertindak terhadap sesuatu situasi.
Dan sebenarnya, kita yang mencipta situasi tersebut. Saya terpaksa ringkaskan, sebab nanti masuk
pula cerita lain. Sebab cara kita respon
dan bertindak pun, ada satu tajuk lain. Lagi
best sebab dia ada formula dia tersendiri.
Ada masa lagi nanti, saya akan tulis pula bagaimana nak cipta suasana
dan bagaimana nak respon untuk hasilkan kehidupan. Sebab kita jangan jadi mangsa kehidupan. Ada lah nanti caranya, saya akan tulis.

No comments:
Post a Comment